Saturday, February 21, 2009

Belakang Parang kalau diasah......

Pagi ini, Sabtu 21 Feb.2009. Pak Man buat kelas tambahan untuk murid-murid Tahun 5 dan Tahun 4 yang lemah dalam Matematik.
Yang lemah tu memanglah teramat lemahnya, bayangkan lah , Pak Man tanya,"Mamat, 2 x 3 berapa?".
Lama dia termenung, nampak gaya macam orang sedang berfikir, berkerut dahinya. Pak Man menanti dengan penuh harapan. Akhirnya Mamat membuka mulut dan jawapan yang keluar ialah,"Entah!"........nak marah ada, nak tergelak pun ada.
Biasanya kalau hari Sabtu dan Ahad, jarang sangat mereka buka buku, rancangan TV semuanya best-best belaka.
Tapi sekarang ni, hari Sabtu dan Ahad ada kelas tambahan dari 8:30 pagi hingga 10;30 pagi. Sabtu, Matematik dan B.Melayu, Ahad B.Inggeris.
Pagi ni, Mamat ada, bersungguh-sungguh nampaknya dia. Alhamdulillah...... tapi bila diberi latihan yang agak susah sikit, Mamat mesti akan bangun dan minta kebenaran nak ke tandas. Tak tahu lah apa masalahnya.
Apakah ada kaitan antara soalan yang susah itu dengan sistem perkumuhan dalam badannya.

12 comments:

JahRera said...

salam pak man,

saya memang puji kesabaran seorang guru sebab saya bukan dari golongan orang yang sabar seperti guru.

Abiey69 said...

Memang tuhlah tugas pendidik... didik sampai terdidik jangan cikgu pula terduduk..
Kita sebagai pendidik tulah... kalau budak bodoh ( sori kasar sikit ) tak berapa cerdik... cikgu yang ditunding..
Kalau pelajar berjaya... mana arah ditunding... Cikgu???? jawapannya: ??????

tulipurple said...

syabas pak man...moga mereka akan berjaya!besar amanah pendidik nie...besar jua jasa mereka :)

rizza said...

pendidik berdedikasi.....

Zabs said...

Salam Cikgu,
Semoga jasa anda membuahkan hasil yang dibanggalan. InsyaAllah.

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Salam... Jemput add & exchange link my blog : www.myadha.com

lina said...

Syabas Pak Man. Semoga anak-anak tu dapat lebih maju dalam pelajaran dengan adanya guru berdedikasi.
Mamat sakit perut sebab nak jawab soalan ke Mamat nak tengok jawapan kat tandas? Hehehe

Zaki said...

mendidik budak2 yang kurang pandai tulah namanya cabaran, cikgu kan..kan.

gulaikawah said...

TQ pok mae sudi ziarah blog ambo..ambo pun guru jugak..

akula said...

Masalahnya pok mae wey, parang itu selalu mengelak untuk diasah....

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Memang ada kaitan agaknya.. hehehe.. Mamat mamat..

manlaksam said...

Salam semua,
JahRera, Abiey, Tulip dan Rizza, terima kasih semua.
Zabs,terima kasih.
Adha, InsyaAllah...
Lina, Zaki,Akula, Gulaikawah,Catz, terima kasih banyak-banyak.
Sekejap lagi Pak Man akan lawat blog anda semua!
Ten-Q.