Monday, January 25, 2010

Jangan Tambat Unta kita dihalaman orang.

Tajuk di atas tu Pak man ambil dari sepotong pepatah Arab. Kalau nak disesuaikan dengan keadaan di kampung-kampung di Malaysia ini, boleh lah diubah jadi, 'jangan tambat lembu kita di halaman orang'.
Bagi masyarakat Red Indian mungkin boleh ubah jadi, 'Jangan tambat kuda kita di depan khemah orang'.
Bagi masyarakat Malaysia yang tinggal di rumah teres mungkin boleh diubah jadi, 'Jangan parking kereta kita di depan rumah orang'.
.
.

Semalam Pak Man pergi menziarah kerabat Pak Man di satu kawasan perumahan. Di depan rumah nya ada dua buah kereta jiran nya diparking betul-betul depan pintu pagar beliau. Sungguh menyusah kan.
Pikir lah sikit, orang lain pun nak keluar masuk juga. Awak tambah rumah sampai ke tepi pagar, kereta dah tak ada tempat nak letak. Lepas tu buat bodo..........letak depan rumah orang.
Badwi padang pasir pun tak ada perangai macam tu.

17 comments:

Farouk said...

sabar pak man. jangan marah. nanti kena jual.

pB said...

hidup berjiran ni keno banyok sabor

Tepi Sungai Batu said...

Farouk,
Tak marah tapi nasihat......

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Betul tu.....tq.

transformed housewife said...

kita pikir pasal org lain tapi org lain tok pikir pasal kita. sokmo lagu tu.

Tepi Sungai Batu said...

temp.housewife,
Betul tu.....doh nok wat lagu mano?.

Sally said...

ye..sokmo lagu tu..kito jah hok mikir pasal org lain..

PM sihat?..lama tak nyinggah..

Anonymous said...

buatnyer ada emergency kat umah sedara pak man tu saper nak tolong jawab? nak gi hospital pun tak dapat sbb ada kete blok. sengal punye orang laa...! Huh, saya mmg anti orang camni...

KC

PINATBATE said...

kena letak signboard 'Terima kasih kerana tidak meletakkan kenderaan anda di sini','Sila parking di hadapan pagar rumah sendiri' atau ..'kenderaan yg diletakkan di sini akan disita'...boleh?

Granny Hani said...

Bab orang parking depan pagar kita ni dah lali saya dah.bila kita suruh alih tu siap tunjuk muka samseng lagi, bukan nya mau mintak maaf.
kalau yg di tambat tu unta padang pasir senang lak, boleh saya tembak jer...

lina said...

kalau unta atau lembu, saya selamba je sembelih Pak Man. Hihihi

Tepi Sungai Batu said...

tchersally,
PM sihat..........tq.

KC,
Hahahaha.....'sengal' ke?(PM tak faham sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'sengal' tu).

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Idea tu boleh pakai juga tu......

hani,
Ya... ini semua 'bunga-bunga' nak cari gaduh.....

Tepi Sungai Batu said...

lina,
Kereta boleh cabut tayar.......hihihi.

M. Ibrahim said...

Kena cari kereta boleh lipat, macam budu cair jadi debudu.

Achu Tra said...

pok mae...kalu kucing oghe mari berok rumoh kito nok wak guano pulok?? nok igak pah tu guting misai kucing tu.. tok rajin buleh...oghe pegho kucing..kito nok pegho kucing...pah tu dok berok rato...

Tepi Sungai Batu said...

Pok Him,
Ya tak ya jugak tu........

Achu Tra,
Hahahaha....ni satu lagi masalah. Tak tahu nak kata lah ambo.