Monday, January 11, 2010

BERHENTI.....Pemeriksaan Polis.

Ini adalah sebuah kisah benar.
Pada suatu pagi minggu, di sebatang jalan raya di Negeri Pahang DM.
Polis mengadakan sekatan jalan raya. Kenderaan berderet-deret, jalan menjadi sesak.
Seorang pakcik memandu kereta Kancil berhenti depan polis yang memegang bendera.
"Preeeeeeettt!!...jalan lah pakcik. Buat apa berhenti?" tak nampak ke jalan dah jam ni!"
"Biasa nya 'road-block' kena berhenti, kalau tak berhenti kena cas ingkar perintah"
"Kereta yang kami tahan saja berhenti, yang kami tak tahan , jalan saja lah"
"Tapi papan tanda tu tulis "BERHENTI Pemeriksaan Polis"...saya berhenti lah"
"Jalan!...jalan!!"
"Encik, lain kali jangan tulis BERHENTI, tulis lah PERLAHAN...baru betul"
"Jalan!....nantikan saya saman kan!....loyar buruk!"

Peristiwa itu menambahkan lagi kesesakan jalanraya..........

Siapa yang benar, siapa yang salah sebenar nya?

8 comments:

Sharinginfoz said...

macam2 kan.. janji ok aja...

Jom Main Catur

Jom Terminate Kad Kredit

Pak Man laksam said...

Sharinginfoz,
Tq........biasa lah dunia.

temp. housewife said...

aah betul jugok tu. kenapa sign tulis Berhenti Pemeriksaan Polis.

hani@debumelukut said...

confused betul lah kan..saya ni kalau kat simpang, bila ada polis trafik jaga tu, memang confuse, tak tau dia wisel tu suruh jln ke berhenti ke..signal tangan dia pun cm menari2...x faham betul lah

lina said...

ya jugak tu... selalu masa road block, bukan kena berhenti pu. bawak slow-slow je. :D

mother of two said...

betul tu pakman.. lagi2 time nak raya mencabar kesabaran betul...

Pak Man laksam said...

temp.housewife,
Betul tu....patut ubah la.

hani,
Bahaya tu........mungkin polis tu gian nak menari agaknya.

Pak Man laksam said...

lina,
Kadang-kadang dia buat tak tahu saja.

Shiela,
Time orang sibuk....time tu lah dia nak buat sekatan.