Friday, January 8, 2010

Kalau sudah berjaya dalam hidup, jangan lupa sekolah lama kita.

Ini adalah Sek.Keb.Semantan Ulu. Terletak 30 km dari bandar Raub. Kategori - sekolah pedalaman.
Murid-muridnya seramai 47 orang. Tergolong dalam kategori 'Sekolah Kurang Murid'. Guru-guru nya seramai 14 orang. Mula di tubuhkan pada tahun 1919. Sudah tentu lah ramai bekas-bekas pelajar nya yang dah bekerja. Mungkin ada yang dah berjaya dalam kerjaya masing-masing dan hidup senang-lenang di bandar-bandar besar.
Pada tahun 2009 yang lalu, Pak Man ada menerima derma daripada pembaca blog Pak Man untuk PIBG sekolah ini. Terima kasih diucapkan kepada penderma tersebut (seorang dari KL, seorang dari Dubai dan sepasang suami isteri juga dari Dubai). Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian semua.
Wang itu pihak PIBG guna kan untuk aktiviti kecemerlangan murid-murid.
Hasil nya adalah seperti di bawah:

Sijil Penghargaan'Peningkatan Mata Pelajaran(GPMP) Matematik Dalam UPSR 2009.
Sijil Penghargaan'Peningkatan Mata Pelajaran(GPMP) Sains Dalam UPSR 2009.


Sijil Penghargaan'Peningkatan Mata Pelajaran(GPMP) Bahasa Inggeris Dalam UPSR 2009.
Sijil Penghargaan'Peningkatan Mata Pelajaran(GPMP) B.Melayu(kefahaman) Dalam UPSR 2009



Sijil Penghargaan'Peningkatan Gred Purata Sekolah Dalam UPSR 2009.
Sijil Penghargaan'Peningkatan Peratus Dalam UPSR 2009.
Pada tahun ini pihak PIBG hanya berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM300 sahaja. Kami berharap agar ada insan-insan yang berhati mulia sudi menyumbang untuk menampung perbelanjaan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kecemerlangan murid.
Sekiranya ada bekas-bekas pelajar yang ingin menyumbang, kami amatlah berbesar hati . Tidak kira dalam apa bentuk sekali pun.




9 comments:

pB said...

salam Pok Mae

KR 31 A.K.A Zabri said...

sebagai bekas pelajar Sek.Keb.Semantan Ulu 1984-1989,pasti saya tidak melupakan kenangan belajar disana, semuanya masih segar dalam kenangan, Di era persekolahan saya dulu keadaan tidaklah seindah apa yang murid sekarang rasakan
Guru yang bertugas seramai 5 orang dan pelajarnya pula dibawah 20 orang,
tanpa kemudahan asas seperti Bekalan Air dan electrik jauh sekali talian talipon. Alhamdulillah kamu semu tetap bersyukur dengan apa yang ada ketika itu dan sekalung taniah buat guru-guru dan bekas guru yang bertugas disana.

buat Pak Man Insyallah saya akan cuba mengumpulkan bekas-bekas pelajar Sek.Keb.Semantan Ulu & cuba membantu apa yang patut

Granny Hani said...

tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat kita mula mengenal ABC..sehinggalah dewasa ini kita dah pandai berblog...
Cantik sekolah tu...

M. Ibrahim said...

Perlu sama-sama membantu walau tidak dengan kewangan, DOA kejayaan kepada semuanya(murid dan guru serta PIBG) juga suatu yang murni.InsyaAllah.

aza ni said...

salam pakman,
semoga berhasil hajat pakman tu..

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Terima kasih.....

Zabri,
Terima kasih.....khabar gembira tu....

Tepi Sungai Batu said...

Hani,
Betul tu....tq.

Pok Him,
Betul tu Pok Him. Ambo sokong.

Azani,
Tq...Insya-Allah.

Farouk said...

yg mampu sumbanglah wang, yg tidak sumbanglah benda lain. sama-samalah kita membantu anak bangsa kita sendiri.mcm lagu m.nasir
"jaga-jaga anak kita jangan sampai jadi hamba"

Tepi Sungai Batu said...

Farouk,
Tq....betul tu.