Friday, January 22, 2010

Harga getah tinggi - orang kampung senyum lebar.


Sekilo harga nya menghampiri RM5 . Orang kampung semua senang hati. Semua orang 'anginnya' baik. Buat salah sikit-sikit tak cepat marah. Semua orang jadi cool.
Rata-rata pendapatan orang kampung sekarang ni di sekitar RM 4000 ke Rm5000 sebulan.
Kalau diadakan pilihanraya sekarang ni, kerajaan akan menang dengan majoriti besar(di kampung ni la).
Gambar di atas adalah kebun getah di sebelah pagar SK Semantan Ulu. Tuan nya dapat ribu-ribu sebulan, murid sekolah dapat nyamuk.........
Harap-harap orang kampung pandai-pandailah menyimpan. Langit tidak selalu cerah...........
Bukan macam orang makan gaji, hujan ke....ribut ke.......panas ke...banjir ke....gaji tetap masuk.
Sediakan payung sebelum hujan. Kalau nak sediakan baju hujan pun boleh juga..........
Jangan bila hari dah hujan....baru nak cari daun pisang buat peneduh.........

16 comments:

ARC said...

grahh buang ah tiu widgeo

hmm kaya ke?cmne kalau diorg tu kuli aje eh..means amek upah motong..

last2 tokey gak yg kaye hak3

Misteri malam pertama bersunat

Siti Salwa Hanim said...

erm...ala, kalo doang kuli pon..dapat gak duit kan?tu la mata pencarian org kmpg. so, jgn ingat org noreh getah ni miskin eaa..

Pak Man laksam said...

ARC,
Tak lah kaya ....tapi lebih senang dari biasa.
Tak ada istilah amik upah......kalau potong getah orang, hasil nya dibahagi dua.
Pak man bukan nak bertanding siapa yang kaya.....orang bandar semua kaya-raya.

Pak Man laksam said...

Siti Salwa Hanim,
Terima kasih........kerana memahami.
Manusia ni kadang-kadang bila dah kaya sikit, mula lah lupa diri.(bukan semua).

ezzati said...

pakcik kayooo

aintsuperwoman said...

Betul kata Pak Man, sediakan payung sebelum hujan. Cuma kadang2 payung2 saya selalu je rosak sebab anak2 pakai tak cermat, hehehe....

M. Ibrahim said...

Jangan kena getah, Cikgu
Musim hujan ambil daun pisang buat bungkus nasi lemak, buat jual..

Pak Man laksam said...

ezzati,
Terima kasih......

Pak Man laksam said...

ASW,
Hahahaha....budak-budak biasa lah.

Pak Man laksam said...

Pok Him,
Oooooo...nasi lemak bungkus dengan daun pisang sedap tuuuuu.

lina said...

Jangan pulak ada yg menoreh bila harga naik aje...

Harap-harap penoreh ni bila harga naik dan untung banyak, menyimpan utk masa susah. Maklumlah, harga getah turun naik.

Pak Man laksam said...

Lina,
Nasihat yang baik untuk orang kampung....Tq.

lina said...

bukan apa Pak Man, Arwah Wan saya dulu pun menoreh getah juga di Semantan ni.

Pak Man laksam said...

Lina,
Sekarang ni siapa yang toreh kebun arwah wan tu?.
Kalau nak jual beritahu Pak Man.

MrsNor said...

Semantan Ulu ni ...2 minggu lepas sy lalu,.. seronok tengok kebun getahnya..sejuk mata memandang. Paksa cik abe berenti kejap, sebab nak snap gambar dan ambil video. Cik abe kata jakun sungguh bini dia, kebun getah pun nak ambil gambar.. wahh kaya ler org kampung lor ni..duit berkepuk2 masuk...

Pak Man laksam said...

MrsNor,
Kaya tu tak la, tapi senang lah sikit mereka. Ada yang dah baiki rumah, ada yang beli kereta dan ramai yang beli motor baru.