Wednesday, January 6, 2010

Ada apa di Bachok?. Hotel 5 bintang?. Kompleks beli-belah?.

Pernah seorang kawan bertanya kepada Pak Man soalan-soalan seperti di atas. Pak Man senyum tanpa jawab apa-apa. Rasa-rasa macam di tu bergurau. Kadang-kadang ada juga macam rasa di perli. Ada juga terfikir, "Dia ni lemah betul pengetahuan am nya".

Bachok tak ada hotel, tak ada kompleks beli-belah, tak ada panggung wayang dan tak ada lebuh raya. Pendek kata kami di Bachok tak ada benda-benda mewah macam tu, (tapi orang kata di laut nya ada petrolium tapi hasil nya bukan untuk kami. Kami tak ada hak....kata mereka) kami hidup serba sederhana. Yang penting kami bahagia.

Wakil Rakyat kami selalu bertukar, PAS....BN....PAS semula....BN semula .....dan sekarang ni PAS semula. Kami suka bereksperimen, kami dapati kedua-dua nya sama saja.
Bandar Bachok sama seperti keadaan nya di tahun 60an dahulu. Entah laaa...........
Sekarang ni kalau orang tanya, "Apa produk Bachok?". Pak Man dengan bangga nya akan menunjukkan Sos Lazzah. Sos penyicah Istimewa (colek). Setiap kali balik ke Bachok Pak Man mesti beli 2 dozen. Semoga perniagaan Sos Lazzah ini berkembang maju.
Pantai Irama ni pun merupa kan produk Bachok(produk pelancongan). Entah berapa kali dah Pak Man cerita tentang Pantai Irama ni. Itu makna nya Pak Man terlalu berbangga dengan tempat sendiri. Kalau kita tak cerita kan pasal keindahan tempat kita, siapa lagi?.
Kalau tak dapat membangun secara fizikal, Pak Man harap anak-anak Bachok akan membangun dari segi sahsiah dan jati diri.
Semoga akan terlahirlah modal insan yang berkualiti dan tidak lupa asal-usul.

16 comments:

Masayu said...

Salam Pak Man

Antara produk Bachok- Pemimpin yang disegani dan banyak berjasa utk rakyat malaysia

Dato' Mustapha Mohamed

Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri Malaysia

saya setiap kali balik kelatem tempat wajib saya pergi mestilah pantai irama

saya bangga jadi anak bachok

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

Roadshow 1 -
"East Coast Promo 2010"
Date : 22,23,24 Jan 2010
Friday,Saturday,Sunday
Time : 10.00am - 10.00pm
Venue : Mesra Mall, Kerteh Terengganu
Diskaun RM999.00 untuk Pakej Umrah

temp. housewife said...

dulu saya sekoloh di SMU (A) Amir Indra Putra, Beris Kubur Besar, Bachok. sokmo jugok lepak2 di Pantai Irama tu.

Pak Man laksam said...

Mas ayu,
Terima kasih kerana bangga jadi anak Bachok.

Al Quds,
Terima kasih........

Pak Man laksam said...

Temp.housewife,
Terima kasih kerana masih lagi ingat dengan Pantai Irama.

ezzati said...

ada pantai tu..aku sukaa..

lina said...

bagus lah takde benda-benda tu. Orang sana hidup sederhana, aman dan damai.

M. Ibrahim said...

Tempat lahir dan membesar perlu dipertahankan, Sama juga seperti kawe Kg. Salor tempat tumpah darahku. Pok Him SALOR. Hidup Salor,(tak jauh dengan BACHOK).

Farouk said...

kalau benda itu tak perlu bagus la tak de. nanti membazir duit je membinanya. yg ada ini pun dah cukup utk mejadikan bachok kawasan yg menarik.

pakmat said...

..dan tempat pakmat menikmati hari persaraanya sambil berblog..:)

AZANI said...

salam pakman,
hanya jauhari mengenal manikam...

Pak Man laksam said...

ezzati,
Terima kasih.......

lina,
Sesuai bagi orang yang tak suka bising dan kelam-kabut.

Pak Man laksam said...

Pok Him,
Hidup Salor!

Farouk,
Betul tu....Pak Man setuju! tq.

Pak Man laksam said...

Pak Mat,
Selamat berblog dalam keadaan aman dan damai.

Azani,
Tq...Pak Man setuju...betul sangat lah tu.

Zaki said...

Salam cikgu,
apa kata kalu demo buka resort kat pantai irama tu, tak yah ada hotel 5 bintang @ shopping, kita majukan industri pelancungan dan jaga alam sekitar.

Pak Man laksam said...

Zaki,
Cadangan yang baik tu. Tapi ada masalah sikit laaa.....pitih nya tak berapa ada.