Sunday, February 22, 2009

Barang baik.......

Orang kampung Pak Man di Bachok panggil....lada cengek. Ada setengah tempat panggil 'cili api', ada yang panggil 'lada burung'dan ada yang panggil 'lada kecik'. Macam-macam nama orang panggil tapi benda nya tetap sama. Kalau di Pasar Minggu Raub ni memang semua orang cari.
Sebelum harga minyak naik dulu, harga lada kecik ni ialah RM 2 se pot. Pot tu bekas yang lebih kurang sebesar tin susu pekat manis.
Tapi bila harga minyak naik, maka harganya pun turut naik, iaitu RM 3 se pot. Mahal macam peluru 'bedil'(kata orang tua-tua di Bachok).
Bagi Pak Man itu semua tak jadi masalah kerana di belakang rumah Pak Man ada tiga pokok. Lepaslah untuk kegunaan keluarga.
Bagi yang komplen kata cili api ni mahal macam 'peluru bedil' tu, Pak Man nak cakap lah sikit......cili api ni barang tempatan, tapi kalau kita beli barang-barang keluaran orang Yahudi, itu memang sah duit kita tu disalurkan kepada Israel untuk beli 'peluru bedil'. Yang kena bedil ialah orang Palestin. Kalau ada masa fikirlah sekejap.
Jangan asyik nak cakap pasal politik saja.......

13 comments:

tulipurple said...

tak rugi kalu bercucuk tanam senirik kan...nak tak nak jer :)

lina said...

minyak turun, harga tak turun pun?
Untung Pak Man boleh bercucuk tanam. Semua segar ye tak?

Neeza Shahril said...

kalau tanam sendiri, boleh petik je bila bila nak dan sah sah lah sangat segar bugar..
kalau beli, kadang tu tak guna.. kecuk beghuk dalam peti ais..
sayang pulok duit tu kan..

ZABS said...

Salam Cikgu,
Kalau beli barangan tempatan mahal sikit dah komplen.
Tapi kalau minum kopi sampai RM10 secawan kat St*rBu*ks, tak komplen pulak.
Padahal minum kopi kat gerai tepi jalan tu, RM1.20 je.

ZABS said...
This comment has been removed by the author.
cikMilah said...

Kami kat utara panggil cabai melaka. Ntah pasai apa, sendiri tanam pun melaka yg dapat nama. CikMilah pun ada sebatang dlm pasu kat balkoni tu. Cukup la nak menyara dapur rumah merpati ni; jadi tak perasan pulak harga cabai melaka kat market begitu mahal.

Selamat berjaya anak-anak didik PakMan. Wahhh, macam spiderman pun ada gaya pelompat tinggi tu ya...comel!

Anonymous said...

Cikgu Man,
Betul..betul..betul.. "Pemboikotan' setakat ini berjalan dengan lancar. Cuma Intel ni je yang tak dapat diboikot lagi .. Camne tu?

Sally said...

Sally mmg "hantu" cabai burung nih..kalau kena dgn lauk..ngap terus je idup2..perghhh..baru la kick!!

ade sepohon yg d tanam dlm pasu..sederet dengan pasu daun kunyit..daun kari..dan daun pandan huhu..x de halaman..

Anonymous said...

Pakman
orang jawa panggil "lombok rawit"..

Janna Wan Muhammad said...

salam pak man,tima kasih sebak sudi jenguk blog ambo, kecek pasal lado "ccongek" ni...(sebak kalu pedah bedo'oh, bulih congek2 idung,tlingo,mulut, blako2 lah,hehehe)kalu di tepat sayo dok ni, dio jual setopok2...setopok, siyal...beli siyal pon tok hbs make,takat wat pecet dale budu.Nati sayo nok buh la link Pok Mae dale blog sayo deh?

HABIHA69 said...

Salam Pak Man...nasi goweng lada cengek sodaap...mencongkan-congkam rasanye kan-kan....pehhh....

Mother of Two said...

kalau kat pekan rabu dong nie... lada habis dulu berebut org beli. kat sini pun ader lada nie... import dari thailand.. 20 biji 6dhs lebih kurang 5.50rm...

Tepi Sungai Batu said...

Tulip, Neeza, lina, Zabs, Cik milah, Catz, teachersally, pinat, Mr & Mrs Mokhsin, Usraz Habiha, dan Shiela(MOT)....terima kasih semua.