Sunday, September 7, 2008

UPSR SATU HARI SAJA LAGI

Salam,
Esok adalah hari terakhir bagi anak-anak yang nak mengambil UPSR bertanya dengan cikgu. Sediakan seberapa banyak pertanyaan dan tanyalah cikgu, Pak Man yakin cikgu akan melayan semuanya. Jangan malu, jangan takut ditertawakan kawan, jangan nak simpan-simpan. UPSR hanya sekali seumur hidup. Jaga kesihatan. Jangan mandi sungai....jangan mandi laut....jangan panjat pokok...rehat secukupnya. Masuk tidur awal..pastikan bangun pagi esok dalam keadaan segar bugar.
Salam manis.

1 comment:

Anonymous said...

Pak Man, Terima kasihlah kerana mengingatkan anak-anak kita.Pak Man ni sebenarnya cikgu ke?

Tuan GB, Labuan.