Saturday, September 20, 2008

Kini kembali.....rrrrrinduu anak-anak semua.




Salam,


Pak Man minta maaf banyak-banyak kepada semua! Seminggu tak dapat menulis, dalam hati hanya tuhan yang tahu. Alfateh, sori lah tak dapat tengok komen yang di tulis, baru tadi Cik Oman dapat tengok....ini semua kerana sipencuri kabel tak berhati perut tu lah....marah sangat-sangat Pak Man . Habis kabel talipon kena curi, nak memasang balik bukannya senang. Tiap-tiap hari Pak Man tanya Mr.Maniam Telekom di Cheroh, jawabnya tengah buat lah ni, tengah buat lah ni....tunggu punya tunggu, seminggu baru siap. Naikdarah(darah tinggi), Pak Man dibuatnya.


Kepada sipencuri, kalau terbaca blog Pak Man ni, bawa-bawalah bertaubat. Carilah kerja lain. Banyak sangat kerja di negara kita ni. Kalau nak menoreh, Pak Man boleh rekomenkan!


Anak-anak semua, ambil lah pengajaran daripada kisah diatas itu. Kalau satu kampung orang menyumpah, tak selamat hidup di dunia dan akhirat.


Kita tinggalkan kisah sipencuri kabel itu. Pak Man terlupa nak cerita pasal gambar di atas. Gambar itu Pak Man baru jumpa dalam simpanan anak Pak Man. Gambar itu diambil kira-kira dua bulan sebelum arwah moyang meninggal dunia. Dari kiri ke kanan: Maisarah, Umairah, Nadirah dan Syafiqa bersama moyang mereka. Gambar ini dah ada orang minta untuk dibuat kenangan, nampaknya terpaksa cetak banyak-banyak. Tak payah bayar, cuma sedekahkanlah alfatihah untuk arwah, kalau nak bacakan surah yasin lagi baik.
Salam manis.



2 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Osman.. Sedih rasanya bila hilang salah seorg ahli keluarga. Dan lagi sedih sebab tak sempat mesra2 dengan arwah moyang. Bila duduk jauh baru Ayman rasa rindu sangat keluarga. Sempena Hari Raya, Ayman nak minta maaf Zahir Batin kepada kepada Opah,Pak Osman, Mak Jah dan yang lain. Semoga Pak Man dan keluarga sambut Aidilfitri dgn seronok. Kat sini nak raya pun takda mood. Sembahyang raya tak sempat. Raya pun dalam kelas. hahaha. Ok la pak man, kirim salam semua terutama Opah. Tolong bagitau opah Ayman rindu sangat dia. Salam perantauan. Insyaallah Ayman akan lawat lagi blog Pak Man. Jumpa lagi.

Ayman Azri Ali Aspar...

manlaksam said...

Ayman,
Terima kasih kerana sudi jengok blog Pak Man.Akan Pak Man tulis selalu perkembangan keluarga di kampung.Kuatkan semangat! menuntut ilmu adalah satu ibadah,teruskan sehingga berjaya.
Opah kirim salam, kami semua kirim salam.