Wednesday, September 24, 2008

Meet Uncle Hassan- Part II

Kami bersalam-salaman. Kuat cengkaman jari-jari Pak Hassan. Itu tandanya dia sangat-sangat seronok bertemu PM(pak man). Di goyang-goyang nya kuat-kuat, beberapa kali. Terhangguk-hangguk kepala PM. PM macam biasalah, tersenyum lebar."ini lah sedekah ku kepada Pak Hassan di bulan Ramadan ini kerana Allah taala" PM berbisik di dalam hati, senyum itu satu sedekah, "bukannya kena bayar"kata hati kecil PM.

Si Baju Merah dan Si Baju Biru terdiam sekejap. Lepas tu terus bersembang semula.

"Khabar baik, Chek Mang apa khabar?" muka Pak Hassan berseri-seri.
Sebenarnya Chek Mang tu maksudnya En.Man lah, tapi Pak Hassan ni slanganya condong ke Terengganu sikit. Biasalah orang Kuantan.

Sebenarnya Pak Hassan ni, rakan sekerja PM semasa di Penjara Penor dahulu. Dia wadar bawah seliaan PM. Pangkatnya sarjan. PM suka guna perkataan rakan sekerja. Tak ada jurang antara kami.

Pak Hassan ni pandai masak nasi minyak. Kalau ada kenduri di berek penjara, dialah tukang masaknya. Menantunya Rahim, wadar berasal dari Penang. Pembantunya yang setia.Walaupun Rahim tu menantunya sahaja tapi orang semua panggil Rahim dengan nama Rahim Pak Hassan. Sebab ada dua tiga orang wadar yang namanya Rahim, ada Rahim tembaga, ada Rahim Motor Besar, ada Rahim Jambul dan beberapa Rahim lagi.


Bersambung....

5 comments:

Rozana said...

Salam..
Nama panggilan begitu banyaknya pada lelaki je Cikgu Man. Jarang pulak dengar yang perempuan ada gelaran belakang.. Nape ek?

manlaksam said...

Cikgu,
Perempuan pun banyak juga yang ada gelarannya.Contoh, Minah Kepoh, Tipah Lepat, Minah Lodeh,Joyah Murai,Liena Hangat dan berbagai-bagai lagi.

POK NIK HISHAM ITM said...

assalamualaikum cikgu man,
Terbaik punye ungkapan yang cikgu berikan.Sebelum tu ambo nak perkenalkan diri hamba dhl..ambo Pok Nik Hisham adik kepada Pok nik Hashim Bank. Rasonya cikgu ingat..yg duduk sekali di ITM dulu. Lamo sungguh ambo tok jupo dengan cikgu.Tahu-tahu cikgu doh ado blog sediri. Tahniah...ada perkembangan.Ambo nok ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. kalu balik Bachok, jgn lupo taipon ko ambo. Kalu dizinkankan allah, ambo semua akan ke Mekah pada 30.11.2008 ni..jadi maaflah kalu ado silap & salah sebelum ni..
Sekian. Wassallam

manlaksam said...

Sham,
Terima kasih kerana jenguk blog aku.Dulu masa di ITM aku selalu tumpang motor mu, mana boleh tak ingat.Nampak nya mu dulu yang pergi Mekah. Aku dok terhegeh-hegeh minyimpan, tak tahu bila lah nak cukup.Tolong doa lah sikit.Kirim salam ko semua gu kito!

ZakiN said...

asalamualaikum, kata hazmal manlaksam ni ialah mat tiub TI dulu, tengok gambar memang tak cam.