Saturday, September 6, 2008

UPSR 3 HARI LAGI

Salam untuk semua anak-anak Malaysia.
Pak Man nak ucapkan selamat membuat persediaan untuk UPSR, selamat berpuasa dan selamat semuanya. Hari-hari terakhir ini amatlah penting dan mendebarkan (kalau ikut pengalaman Pak Man dulu-dulu). Yang pentingnya pesan cikgu-cikgu anak-anak mesti ikut tanpa ragu-ragu. Tolong ikut dan jangan tak buat. Kalau anak-anak dapat bertahan dalam masa dua tiga hari ini insyaallah akan berjaya. Pak Man tahu semua guru-guru akan berpesan agar jangan tinggal sembahyang, jangan lawan cakap ibubapa, buat semua soalan yang dibekalkan oleh guru, sentiasa berdampingan dengan nota-nota pendik yang dibekalkan cikgu(mesti adakan?), semak dan ingat tips-tips yang diberikan.
Berdoa juga penting. Solat hajat kalau boleh buat sendiri, jangan nak harapkan ibubapa atau cikgu saja. Anak-anak mesti minta sendiri dari tuhan. Jangan tak minta kerana orang yang tak pernah meminta apa-apa dari Allah adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang sombong dan bongkak. Allah tidak suka kepada hambanya yang begini.
Pak Man rasa cukuplah dulu untuk kali ini. Pak Man nak berehat dulu.
Salam manis.

No comments: