Wednesday, September 24, 2008

PMR Tak Lama Lagi....Bersedialah!

Salam,

Kepada semua anak-anak yang berada di Ting.3, bersedialah sebaik mungkin. Raya tu Rayalah juga tapi buku-buku jangan lupa. Lepas Raya nanti PMR akan menjelma.

Jaga keselamatan diri, jangan main mercun, jangan makan dan minum dengan keterlaluan, jaga kesihatan.

Pak Man nak bagi satu petua bagi menjawab soalan Mathematics.
Anak-anak semua kena hafal ini;

NE, NE, PO --(NE tu bunyinya macam orang tamil sebut ANE(abang).

NE, PO, NE

PO, NE, NE

PO, PO, PO

*NE tu maknanya -ve(negetif)
PO tu maknanya +ve(positif) , jadi negetif darab negetif = positif (NE NE PO )

(-) (-) = (+)
NE NE PO

(-) (+) = (-)
NE PO NE ..... begitulah seterusnya. Kalau boleh pakai, hafal lah. Kalau rasa tak boleh terima lupakan lah saja. Mungkin cikgu anak-anak ada beri cara yang lagi canggih.

Tapi inilah yang Pak Man bagi pada murid-murid Pak Man dari dulu lagi.
Ada seorang bekas murid Pak Man sekarang ni dah jadi Imam, tapi bila jumpa Pak Man dia bagi salam, "Assalamualaikum cikgu"

Pak Man Jawab,"Waalaikummussalam, maafya, cikgu dah lupa, kamu sekolah mana?"

Dia jawab,"alaa cikgu....NE NE PO, NE PO NE, PO NE NE, PO PO PO."

Pak Man tersenyum,"ooooo, sekolah agama ya?...ya..ya, baru cikgu ingat. Kamu kerja apa sekarang?"

"Imam , di Sg.Koyan, cikgu."

"Alhamdulillah! cikgu bangga dengan kamu. Doa-doalah semoga cikgu sihat selalu, murah rezeki, cepat dapat pergi Mekah."

"Insyaallah, saya selalu doakan kesejahteraan bekas guru-guru saya, cikgu dah daftar ke?"

"Dah, tapi lambat lagilah, giliran cikgu pada 2022, entah sempat entah tidak"

"Insyaallah sempat tu cikgu, saya nampak cikgu sihat je, cuma rambut aje putih sikit, badan steady lagi, cikgu bawa lori lagi ke?"

"Tak dah, berniaga asyik kena tipuuuuu je, berhenti lah. Tokey lombong pun boleh bengkrap"

"OK lah cikgu,nak belanja minum pun tak boleh, puasa.... saya jalan dulu, jumpa lagi, assalamualaikum!"

"Waalaikummussalam!"

Pak Man dah lupa nama budak itu, tapi masa sekolah dulu, kawan-kawan panggilnya dengan nama LEBAI, cikgu-cikgu pun panggil macamitu juga.

Berkat masin mulut semua, nah! tengok sekarang, betul-betul jadi Pak Lebai(imam). Jadi, panggil lah nama kawan-kawan kita dengan gelaran yang baik-baik saja.
Kerana ia merupakan satu doa.

No comments: