Monday, September 29, 2008

Perjalanan Yang Selamat...alhamdulillah.

Kuih Raya "dari kerajaan negeri!"kata YB.


Semalam Pak Man telah selamat sampai ke kampung halaman Pak Man .


Keadaan lalulintas belumlah sesak lagi. Cuma di stesen minyak Gua Musang berlaku kesesakan.

Risau juga Pak Man kalau-kalau tak dapat minyak, kerana dengar khabar di KL ada beberapa stesen minyak yang tiada bekalan. Pelik bin ajaib!(khabar angin kata pengusaha stesen minyak boikot tindakan kerajaan turunkan harga minyak menjelang Raya).

Tapi di Gua Musang alhamdulillah, minyak cukup.


Dari Gua Musang Pak Man ke Jeli.(tak ikut jalan biasa ke k.krai). Lalu jalan kampung, kiri kanan kelapa sawit, kampung orang asli, kampung Melayu dan hutan rimba.


Akhirnya sampai di Jeli. Bila nak masuk Tanah Merah, tak sangka pula ada exco kerajaan negeri berdiri di tengah-tengah jalan raya, mengagih-agihkan kuih raya, sticker doa naik kenderaan dan risalah keselamatan jalan raya. Terima kasih YB Mejar Anizan. Kami rasa kepulangan kami dialu-alukan oleh kerajaan.


Sampai di Kota Bharu, bazaar ramadan dah buka, berhenti beli bekalan untuk berbuka. Pak Man beli nekbat, akok, beko, sagupa, butir nangko, ayam percik dan ikan percik (Untuk ibu yang tak makan ayam),sup keting lembu (kegemaran ayah).


Sampai di rumah dah dekat nak berbuka, ayah su sekeluarga pun ada, mereka balik awal dari Pak Man. Si Kembar tengah tidur.


Masuk waktu maghrib kami pun berbuka.....dengan air kelapa muda.

No comments: