Saturday, September 20, 2008

Buku Tulis Kelas Dewasa.

Salam,
Dalam opah dengan Wan Teh dok mengemas almari kitab-kitab lama, terjumpalah buku tulis moyang semasa arwah belajar di Sek.Keb.Raub(kelas dewasa). Dalam tahun 1960an dulu. Kalau anak-anak nak tahu, kelas dewasa ni lebih kurang samalah dengan kelas dewasa dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Ada Ramlee, Ajis, Sudin(jin pakai tonceng,cikgu!) dan Pak Abu(yang itu huruf 'em',cikgu!). Gambar buku tersebut akan Pak Man uploadkan kemudian, ada pelajaran Bahasa Melayu, ada ilmu Hisab, dan ilmu rumah tangga. Tulisannya kurang jelas maklumlah dah 40 tahun lebih, tulis pula dengan pensil. Kalau dapat baca akan Pak Man uploadkan, insyaallah.

Salam manis.

No comments: