Monday, September 29, 2008

Menjelang Aidilfitri di Kota Bharu

Pagi ini Pak Man nak ke pasar Siti Khadijah. Nak beli ikan llayor(nak suruh mak masak gulai masin), ikan kerisi(nak belah belakang, bubuh garam kunyit,bakar!).

Sebelum tu, tengok-tengok gelagat manusia dulu!

Macam-macam jenis. Macam-macam gelagat.

Naik ke tingkat atas, beli serunding. Turun bawah, beli ikan dan sayur.

Kedai-kedai emas sekitar bandar Kota Bharu penuh sesak dengan pelanggan. Tokey kedai orang melayu, emas pun mas melayu, pembelinya pula orang melayu. Biarlah melayu sama melayu, jarang ada yang kena tipu.
Selepas duit dan barang bertukar tangan, ada akad jual beli. Islamik!......alhamdulillah.

Sebelum bandar semakin sesak dengan kenderaan(terutama beca!)lebih baik Pak Man balik dulu.

Cuaca panas terik.

No comments: