Saturday, September 27, 2008

Penjenguk-Penjenguk Semua, Terima Kasih Banyak-banyak

Salam,

Sejak akhir-akhir ini Pak Man dapati blog Pak Man ini telah dijenguk oleh ramai penjenguk-penjenguk baru, terima kasih semua.

Selain dari penjenguk-penjenguk dalam negara, ada juga dari Jepun, dari Australia, New Zealand, USA, Andalucia, London, Buenos Aires, Afrika Selatan dan Gullbringusysla.
Terima kasih semua. Anda semua telah memberikan satu semangat baru kepada Pak Man. Pak Man tahu anda semua adalah orang Malaysia yang ada di serata dunia ini.

Pak Man akan cuba sedaya upaya untuk jadikan blog ini sesantai mungkin. Boleh baca dengan anak-anak. Tak ada cerita politik, cerita lucah, dan cerita yang tak elok. Bahasanya pula akan Pak Man kawal supaya sesuai dengan anak-anak. Sekali-sekala, akan Pak Man gunakan perkataan-perkataan baru, yang boleh meluaskan lagi perbendaharaan kata anak-anak.

Alfateh, lama dah tak bagi respon!...sibuk agaknya, buat persiapan raya.

Esok Pak Man nak balik kampung. Doakan keselamatan kami semua sepanjang perjalanan itu. Semoga selamat sampai.
Minta maaf semua kalau ada tulisan Pak Man yang mengguris perasaan anda.

Salam manis.

2 comments:

fudzail said...

Juga dari Dubai, UAE.

Selamat Hari raya.

Aku nak minta izin guna beberapa cerita kau untuk cerpen...minta izin...boleh ya!

manlaksam said...

fudzail,

Aku amat berbesar hati.Hak aku, hak engkau! ambil lah.

Aku peminat setia tulisan mu selama ini.

Bro.Tiub