Monday, November 23, 2009

Rasa-rasa nya nak cuba ikan kelah lah pulak.


Gambar ikan kelah...................dari Utusan Malaysia.(tak ada kena mengena dengan Pak Man).
.
.
Ikan tilapia dalam kolah Pak man tu dah masuk 4 bulan dah usia nya. Bulan depan Pak man rasa sampai lah masanya untuk menuai hasil.
Selepas tu Pak Man rasa-rasa macam nak masuk kan anak ikan kelah pula.
Pak Man dah tanya-tanya orang berkenaan ikan kelah ni. Harga nya boleh tahan juga lah. Tak kurang dari RM50 sekilo.
Pembekal anak ikan kelah ni pun Pak Man dah kenal pasti. Orang ini dapat bekalan dari 'orang asli'.
Harga nya RM5 seekor. Pak Man rasa nak cuba dulu dalam 50 ekor.

17 comments:

pakmat said...

,,menmerlukan air yang sentiasa yang mengalir..

JahRera said...

salam Pak Man,

Ikan ini isinya putih dan halus. Di Jepun, isinya diiris-iris mentah dan cecahkan akar wasabi pedas bersama soyu Jepun, jadi sashimi...punyalah sedap.

Kepala dan perut dijadikan sop miso.

Sepuluh iris harga lebih kurang RM15, kayo Pak Man kalau dapat jual ke kedai Jepun.

Semoga sukses,

Apa cerita dgn labu Jepun?

lina said...

Pak Man,
saya pun kenal pembekal ikan kelah. rumah dia no 89, kat sg lui. Hihihi

Lamanya tak makan ikan kelah, weh... balik raya haji ni ada rezeki tak? :D

mother of two said...

arwah bapak sy mengail ikan kelah kat sungai tenom, dptlah sekor 2, isi dia mmg sedap.. kalau dah menjadi panggil sy dtg makan yer.heheh

pB said...

pB suka makan ikae ke'loh nie
sedappppppp !!!!!!!!!

tchersally said...

Salam PM,

aiseyman..masak tempoyak memang sodappp makhluk nih!!

AZANI said...

selamat berjaya pm

Nur said...

suka baca bab "tak ada kena mengenan dgn pak man pun"... huhuhuhu.... nur pun nak cubalah bela ikan. mana nak dapat bekal? kasi tau boleh. Kalau nak tanam pokok gaharu, cari nur.

Muhammad-al-Fateh said...

Assalamualaikum,
There were updates to my blog, http://muhammad-el-fateh.blogspot.com

juk said...

Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.

Zuki
(zukidin.blogspot.com)

Pak Man laksam said...

Pak mat,
Kalau dalam kolah tak boleh ke?.

JahRera,
Terima kasih......
Labu Jepun tu dah mati pokok nya. Buah nya tak sempat besar, semua gugur.....tak sesuai agak nya.

Pak Man laksam said...

lina,
Betul tu.......
Semoga bisnes nya akan bertambah maju.

Shiela,
InsyaAllah akan di war-war kan nanti.

Pak Man laksam said...

pB,
Kalau di Raub ni, orang cina berebut beli......harga mereka tak kesah ....cakap saja.

tchersally,
Ramai peminat ikan ni rupa nya......

Pak Man laksam said...

Azani,
Terima kasih......

Nur,
Gaharu?....itu baikkkk punya projek tu.

Pak Man laksam said...

Muhammad,
InsyaAllah....Pak Man akan singgah nanti.

juk,
MOU? hahaha....boleh...tak ada masalah.

pakmat said...

..bolih..tapi pam kena sentiasa hidup..supaya air sentiasa mengalir dalam kolah..air sentiasa bersih..suhu kena jaga..supaya gemuk dan montel..semoga berjaya..(anak kelah minat anai-anai)

Pak Man laksam said...

Pak Mat,
Terima kasih banyak-banyak.