Friday, November 20, 2009

India ada 52 bilionair tetapi 600 juta tiada tandas.

MUMBAI - Pasaran saham yang rancak dan pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan jumlah bilionair di India meningkat sekali ganda, demikian menurut senarai hartawan yang diterbitkan oleh majalah Forbes.

Di India kini terdapat 52 bilionair berbanding 27 orang pada tahun lalu manakala pada 2007 jumlahnya ialah 25 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif Reliance Industries, Mukesh Ambani, mengetuai senarai itu dengan kekayaan dianggarkan bernilai AS$32 bilion (RM107 bilion) diikuti jutawan keluli, Lakshmi Mittal dengan AS$30 bilion (RM101 bilion).
Adik Mukesh, Anil Ambani menduduki tempat ketiga dengan kekayaan bernilai AS$17.5 bilion (RM59 bilion).

"Bilionair India kini kembali ceria. Senarai tahun ini menunjukkan India mempunyai keupayaan untuk mencipta kekayaan jika pasaran kewangan dan ekonomi berada dalam situasi yang baik," kata Pengarang Forbes India, Nazneen Karmali.
Jumlah gabungan 100 individu terkaya India dianggarkan AS$276 bilion (RM929 bilion) iaitu hampir suku daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) India.
Nilai pasaran saham India meningkat lebih 75 peratus tahun ini dan ekonomi berkembang hampir tujuh peratus.

Walaupun 100 orang menguasai suku kekayaan India, seramai 600 juta atau 55 peratus penduduk India tidak mempunyai tandas sempurna, menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tahap kebersihan yang rendah dan penyakit menyebabkan India terpaksa menanggung kos sebanyak AS$255 juta (RM858 juta), kata Kementerian Kesihatan India. - Agensi

Dipetik dari Kosmo online.

9 comments:

Webmaster@Echam said...

Wowww... Menarik fakta nihhh....

Pak Man laksam said...

Echam,
Tenkiu.....

naha said...

Salam Pak Man,

Hebat org2 kaya kat sana.

Masalah tandas.. memang betul tu, bagi kita la.. itu pun kita ada pilihan utk pergi ke hotel atau pasaraya.

Bagi masyarakat di India, tandas mereka kat mana saja tempat mereka singgah, tepi jalan, tepi dinding rumah org, sebalik tiang, tak kiralah, dia org tak kisah.

Tahap kesihatan secara keseluruhan agak teruk, tapi dia org kata peluang untuk tingkatkan ilmu kedoktoran dan perubatan sangat baik... alahai..

Naha

Pak Man laksam said...

Salam Naha,
Naha memang pernah ke sana......terima kasih lah kerana sudi kongsi pengalaman.

ayieDklau said...

salam pak man...bapo oghe dapt 5A sekoloh demo...

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

pakmat said...

..salam, PM..perbedzaan antara yang kaya dan miskin d India terlalu ketara..dan amalan sistem kasta telah membuatnya lebih buruk..kerajaan INdia terlalu banyak kepentingan dan masalah politik hinggakan rakyat miskin terabai..tiada dasar yang teratur saperti kita..mereka tidak serious dalam memerangi kemiskinan..

Achu Tra said...

...income disparity yg ketara...tok mustahil jjadi ko Msia kalu pemimpin ghalik....

Pak Man laksam said...

ayie,
Huhuhu....tak dop.

Pak mat,
Terima kasih.......

Achu Tra,
Terima kasih......