Thursday, July 9, 2009

Hidup Bahasa Melayu !

Orang Melayu patut berbangga dengan Bahasa Melayu.
Kalau dapat kuasai bahasa-bahasa lain, lagi bagus.
Tapi ingat, jangan ketepikan Bahasa Melayu.
Di sini tanah tumpah darah orang Melayu.
Kalau Bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya, di mana lagi?.
Sementara Melayu masih berkuasa, gunakanlah dengan bijak.
Pertahankan pusaka datuk-nenek kita.
Kalau berbangga sangat dengan Bahasa Orang Putih, ok.... tak jadi masalah.
Tapi Bahasa Melayu jangan di ganggu.
Nak cakap Orang Putih sampai berbuih mulut pun buat lah.
Bahasa Melayu jangan kacau.

Kalau nak mengajar orang bisu atau pekak,
guna lah bahasa isyarat.
Kalau nak mengajar ilmu sains kepada orang Melayu,
guna lah Bahasa Melayu.

Kalau nak ajar orang Melayu cakap Bahasa Inggeris,
baru lah guna kan Bahasa Inggeris.

Macam mana dengan Pok Dir, setuju ke?.

19 comments:

hai said...

agak2 bila pulak nak dihapuskan sek2 jenis kebangsaan yang ada???

Tepi Sungai Batu said...

hai,
Soalan tu susah juga nak jawab, kita tunggu dan lihat saja lah.

faraulah said...

Pak Man,

Bahasa Jiwa Bangsa!

Tepi Sungai Batu said...

faraulah,
Betul tu. Berbanggalah dengan bahasa kita.

Jeff Syiru said...

PakMan,

Saya sebenarnya suka dengan perlaksanaan PPSMI dulu tu... bukan bermaksud saya tak cintakan bahasa Melayu tapi untuk kepentingan pembelajaran yang lebih efektif di peringkat yg lebih tinggi bahasa inggeris merupakan bahasa utama buku rujukan bagi subjek sains dan math... ingat lagi dulu susah nak buat ulangkaji subjek fizik & math sebab bila rujuk kepada buku suma tulisan bahasa inggeris, buku terbitan bahasa Melayu boleh kira dengan jari jer kat dlm library... so bila PPSMI di laksanakan maka saya berkata pada diri sendiri "untungnya budak2 skarang bleh blajar suma tu dlm bahasa inggeris, nanti masuk U senang la nak buat rujukan, takde la nak pening2 kepala sebab keliru dengan terma2 dan istilah sains yang dterjemah dlm bahasa melayu..."

Tp keputusan kerajaan dah buat mengikut apa yang rakyat mintak, so saya harap bila dah berbalik kepada sistem asal ni, harapan saya adalah perbanyakkan buku rujukan dan terjemahkan buku rujukan subjek2 sains & math dengan lebih banyak, senang anak bangsa nak belajar dan buat ulangkaji guna bahasa sendiri.. Harap cerdik pandai dan tokoh Bahasa yang memperjuangkn pembubalan PPSMI tu dapat jugak bagi sumbangan dan jangan hanya melepas tangan bila kehendak dipenuhi... perjuangan cintakan bahasa bukan berhenti setakat pembubalan PPSMI sahaja... perlu lah ada susulan bagi meningkatkan sistem yg dperjuangkan tu...

maaf lah kalo ada yg tak setuju dengan saya, hanya teringatkn zaman univesiti dulu...

Tepi Sungai Batu said...

Jeff,
Terima kasih kerana meninggalkan komen di sini.
Pak man hormati pendapat Jeff itu.
Masalahnya sekarang ni, budak-budak Melayu di kampung susah nak faham Sains dan Matematik dalam BI ni.Exam ramai yang gagal.
Kalau exam dah gagal, tak dapatlah masuk 'U'. Jadi tak sempatlah nak guna buku-buku rujukan yang ditulis dalam BI tu.
Budak kampung masuk 'U' ambil kursus sastera Melayu aje lah(kerana sains dan matematik gagal).
Lagi pun PPSMI ni dah melanggar perlembagaan.
Ini pendapat Pak Man saja.

Tepi Sungai Batu said...
This comment has been removed by the author.
Zaki said...

Selamat pagi cikgu,
Tak kiralah dalam bahasa apa kita belajar, yang penting org melayu mesti bekerja keras menguasi ilmu agar tidak ketinggalan berbanding dgn bangsa lain....
selamat tinggal cikgu.

Jeff Syiru said...

Saya mmg suka baca blog Pakman ni, siap taruk dalam blogroll kat blog saya lg..

btul jugak tu PakMan, skali pikir berat jugak la utk budak2 melayu skarang ni kalo bahasa inggeris tak dpt d kuasai... susah nak lepas subjek sains n math... kalo nak teruskan ppsmi maybe kementerian perlu pikir cara or strategi yg berkesan utk pelajar melayu menguasai bahasa Inggeris dulu... baru la PPSMI jadi lebih efektif... tp takpa la tak perlu nak pikir lagi dah sb kerajaan dah buat keputusan pembubalan PPSMI skang ni... cuma harapan untuk perbanyakkan buku rujukan lagi la...

Tepi Sungai Batu said...

Zaki,
Ambo sokong sangat lah keputusan kerajaan ni. Yang sebenarnya budak-budak Melayu luar bandar ni lemah dalam BI, jadi perbetulkan BI mereka. Ambil guru-guru BI yang bagus-bagus dari luar negeri dan hantar ke kampung-kampung.
InsyaAllah mereka akan dapat kuasai BI nanti.
Kaedah yang dulu tu ambo rasa tak berapa betul.....sakit gigi tapi dibubuh ubat pada mata.
Demo kata selamat tinggal, demo nok gi mmano?.

Tepi Sungai Batu said...

Jeff,
Pak Man dah baca blog Jeff pagi tadi, Pak Man faham . Itu adalah pengalaman peribadi Jeff.
Pak Man terlibat secara langsung dengan PPSMI ni. Pak Man dah masak sangat dengan masalah budak-budak di pedalaman.
Kalau Pak Man mengajar di bandar mungkin Pak Man juga tak sedar masalah ini.
Akan tetapi berilah mereka peluang untuk mempelajari asas-asas sains dan Matematik dalam bahasa yang mereka fahami. Disamping itu jalankan usaha untuk mempertingkatkan BI mereka.
Bila dah dapat asas Matematik dan Sains dengan jelas, BI pun dah steady, maka bolehlah kita lepaskan mereka untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi lagi.
Kalau tidak, mereka hanya mampu ambil kursus Pengajian Melayu dan Sejarah saja lah.
Ini hanya pendapat Pak Man saja.

nj said...

Pak Man...
Masa saya belajar dulu pun guna Bahasa Melayu untuk Sains & Matematik. Tapi saya mampu juga menguasai Bahasa Inggeris. Saya rasa sistem tak salah...pendekatan dan pengalaman pelajar-pelajar di sekolah itu yang mungkin berbeza dari zaman saya dulu. Faktor geografi juga memainkan peranan...dulu saya sekolah di Kuala Lumpur...tak sama dengan suami saya yang sekolah di Paka, Terengganu...sekolah kampung aje, justeru tahap penguasaan Bahasa Inggeris kami berbeza walaupun SPM dia Pangkat 1 dengan 12 Aggregate, saya hanya mampu peroleh Pangkat 2 sahaja...

cikMilah said...

Salam,
apa yg sy nampak pada anak sy ( tahun Empat) dia faham konsep sains dan konsep matematik - bila mai tang nak jawab soalan, tak reti, sebab apa? tak paham soalan. Bila sy terjemah ke BM, boleh pun dia selesaikan masalah matematik tu.Reti pulak dia bagi jawaban yang betul.
Kesimpulan: anak saya ( anak saya ya, anak orang lain tak tau la...sekolahnya bandar )kurang cekap kuasai BM dan BI. He is losing grips on both languages! Itulah hadiah dari PPMSI.

اکمل said...

salam pak man..sye pun setuju ngan pak man. berdasarkn pengalaman, dlu sye belajar math n sc dlam bm, bile masuk matrik n start belajar subject ni dalam bi, mula2 memng agak susah sebb tak biasa. tapi sebb bila kte dah besar n dah mmpu mngusai basic2 dlam sc n math n pada mse yng same bi pun dan sedikit mantap, ia tak mnjadi halangan lg. jadi tak perlulah perkenalkan sc n math dalam bi mse bi budak2 ni pun berterabur lagi. cian kat depa..our system is a ladder, berdikit2, mengikut kesesuaian mse n keadaan, kte mmang kne bergerak cepat, tapi tak bolehlah nak longokkan smue dlam satu mase..

sye pun suke bce blog pak man

aza ni said...

kita patut rasa bangga, Jepun tu berapa krat yang pandai omputeh tapi teknologi mereka omputeh pun kagum..
saya setuju kita kuatkan bahasa kita,istilah kejuruteraan DBP dah buat , pakai ajelah...

Tepi Sungai Batu said...

nj,
Ini satu contoh yang baik.
Satu sekolah di KL dan satu sekolah di Terengganu. Memang ketara sangat penguasaan BI nya.
Itu lah yang Pak Man cuba nak ketengahkan, masalah budak-budak di luar bandar.
Jangan abaikan mereka.

Tepi Sungai Batu said...

cikMilah,
Terima kasih kerana telah memperbanyakkan lagi koleksi contoh-contoh seperti itu.
Pak Man akan simpannya sebagai koleksi peribadi.

Tepi Sungai Batu said...

fili.....,
Terima kasih kerana membaca blog Pak Man.
Memang betul kita mesti bergerak cepat, tapi awas!, jangan terpilih kaedah yang salah. Nanti jadi macam skim cepat kaya.

Tepi Sungai Batu said...

AZANI,
Ya lah.....dulu gempar satu Malaya, kita nak pandang ke timur. Tapi lepas tu senyap dan tiba-tiba jadi macam ni pulak.