Thursday, July 30, 2009

Kalau nak jadi wartawan, korek telinga betul-betul.

PERMOHONAN MAAF
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
IKLAN@UTUSAN
");
//]]>-->

12 comments:

pB said...

hi hi hi


hari Kosmo mitok maaf dengae keluargo arwoh Yasmin

FIRZA said...

Utusan Meloya...

nj said...

Sesiapa buat salah memang perlu mohon maaf.

Achu Tra said...

pok mae..jangae baco surak koba "mainstream" sajo...bacolah jugok surak koba alternative baghu tau hok mano haq hok mano bathil...

Zaki said...

salah satu peranan utama.....batu api.

manlaksam said...

pB,
Mereka tulis cerita sensasi, surat khabar mereka yang laku. Lepas tu mintak maaf. Macam-macam cara orang cari duit.Tak ada etika langsung.

manlaksam said...

FIRZA,
Hahahahahaha......loya!

nj,
Betul tu. Tapi janganlah sengaja nak buat salah. Itu dah kira menfitnah.

manlaksam said...

Achu Tra,
Betul tu....tapi kadang-kadang nak baca jugak.

Zaki,
Betul tu.....dia tulis kata orang tu dan orang ini tak betul, pemecah belah umatlah dan sebagainya. Tapi berita yang tak betul yang mereka tulis ni lagi lah boleh memecah-belahkan masyarakat. Lepas tu semua orang bijak pandai(bijak ke?)dok komen dalan TV dan akhbar berpandukan berita yang tak betul tersebut.
Buta-buta kena tipu!.

tchersally said...

Salam PM,

wartawan umumnya depa ni bila menulis mmg mensensasikan berita..nak pelaku jualan akhbar..ermmm..

Neeza Shahril said...

silalah mohon maaf..
tu lah wartawan ni.. main sedap report aje..

manlaksam said...

tchersally,
Duit punya pasal......

Neeza,
Betul tu....bermaaf-maafan lah...

adanz said...

ambo lamo doh tok beli suratkoba mainstream nih, byk tokleh pakai, berito dale tibi pun lebey kure jah... huhuhuhu teruk betul etika wartawan loning!