Wednesday, July 22, 2009

Buta Huruf - Kenapa? , salah makan kah atau salah ibu mengandung?......atau salah guru?.

Pak Man terkejut besar bila baca berita tentang 54 227 orang murid tahun satu yang tak tahu membaca. Apa sebenarnya masalah mereka. Tak dapatlah nak dihuraikan di sini.
Pak Man pernah mengajar kelas pemulihan murid-murid orang asli. Memang perit sekali. Hari ni ajar A, B , C.......ok semua boleh dapat. Esok nya tanya semula mereka dah lupa. Huruf A pun mereka dah tak kenal dah.
Kalau Pak Man tak alami sendiri memang Pak Man tak akan percaya. Tak tahu apakah puncanya terjadi sedemikian rupa.
Kalau sesiapa ada jawapan nya harap dapat beri bantuan.

9 comments:

hai said...

salam pak man,
anak ke 3 saya tak reti membaca setelah masuk darjah 3..memang saya gabra sgt,sehinggalah saya membaca satu artikel berkenaan 'dysleksia'.Selepas itu saya bawa dia ke pers.dyslesia di taman titiwangsa dan memang anak saya didiagnosa sebagai seorang dysleksia.Saya cuba membimbing dia..dan semasa dia drjh 6 saya terjumpa dgn cikgu yang mengajar anak2 begini.Alhamdullilah masa upsr boleh la dapat 1a1b3c..
cikgu yang mengajar anak saya tu dah arwah pun,tapi dia ada bagi tips untuk budak2 begini...kalau kita ajar ba, ca tidak boleh secara melintang dia kena ajar ba(atas) ca (di belah bawah)macam tulisan cina tu...baru bebudak ni nampak...menurut pers.dysleksia pon,di setiap sekolah terdapat 10% anak2 yang begini..mereka bukan tak pandai cuma lambat menangkap..dan budak2 begini juga mempunyai symptom,tak boleh dok diam,tulisan buruk,selalu tertukar huruf b,d,9 ..dan tumpuan belajar agak pendek,mereka mudah bosan.
apa2 pon memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengajar bebudak begini.
Tapi antara orang2 dysleksia ni termasuklah Bill gates...

manlaksam said...

hai,
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Semoga anak anda akan terus maju dalam pelajaran.

nj said...

Pak Man...
Pengalaman ada anak sendiri, walaupun hantar ke tadika dan sekolah...ibu bapa juga perlu ada sumbangan...tak boleh 100% di sekolah.

tchersally said...

PM,

rasanya pendedahan awal terhadap huruf2 sgt penting ..kecualilah anak tu ada masalah dyslexia..gabungan kerjasama antara ibubapa & guru & persekitaran sgt perlu..eh ye ke ni PM?? dan x semestinya anak2 yg lambat membaca akan mundur dlm pelajaran dan sebaliknya..

a kl citizen said...

biasanya bila dah anak2 besar (sek. menengah)dan dibiarkan mereka dengan masalah tersebut, ia sudah menjadi salah ibu bapa....

guru2 disekolah mempunyai ruang masa dan waktu bersama yang kurang berbanding ibu bapa...

manlaksam said...

nj,
Betul tu. Semua orang harus memainkan peranan masing-masing.

manlaksam said...

tchersally,
Pak Man setuju tu. Lee Kwan Yew pun seorang 'dyslexia' semasa kecilnya. Tapi kepala otak nya bergeliga.

manlaksam said...

kl citizen,
Kalau semua ibu bapa sedar akan peranan yang sepatutnya mereka mainkan, Pak Man rasa masalah ni tak akan menjadi rumit. Ada sesetengah kes, ibu bapa mereka juga buta huruf, jadi tak dapat lah nak salah kan mereka juga.

rizza said...

Pak Man,

kalau anak org asli atau yg tak pi tadika tu boleh di maafkan,

tapi kalau ade yg dah pi tadika sebelum masuk darjah satu, apa kes kan akalu tak reti menulis, membaca, mengira yang basic aje la...
ni kisah benar,
apa yg mereka diajar masa tadika?
kalau tadika yg mahal..[memang byk yg mahal le ni].. tak penting sgt le kelas renang le, kelas komputer le... kelas tu le ni le...
yg penting masa tadika tu... ajar belajar dalam proses permainan dia..
mak pak depa tak amik kisah ke?

hanya pendapat saya yg tak seberapa ni...
terima kasih