Thursday, July 2, 2009

01 Julai 09

Semalam Pak Man cuti, kerana menghantar anak Pak Man Azrul mendaftar di Kolej Universiti Antarabangsa Inti, Nilai. Tiba-tiba saja Azrul dapat tawaran biasiswa JPA untuk Program pengajian luar negeri. Kelas persediaan dan tahun pertamanya dibuat di kolej tersebut.
Azrul terpaksa berhenti dari UIA.
Pagi Pak Man hantar dia ke Nilai dan selepas tu terus pergi UIA PJ kerana terpaksa selesaikan segala urusan pemberhentianya dan ambil barang-barangnya di asrama. Nasib baik ada Daddy Al-Fateh yang menolong Pak Man , kalau tidak susah juga tu.
Sementara dah berada di PJ tu, Pak Man hubungilah Fudzail. Dapatlah kami bertemu melepas rindu. Tak dapat sembang lama-lama kerana Pak Man terpaksa balik ke Raub sebelum malam. Mak mertua tinggal seorang di rumah.
Hari Ahad ni terpaksa ke Nilai lagi kerana nak menghantar barang-barang Azrul.

20 comments:

hai said...

salam ziarah,
Tahniah pada anak pak man!

Lee D'Langkawi said...

Mae,

Tahniah kepada Azrul. Biso dio....

Achu Tra said...

Tahniah Azrul..ngaji mmolek inagk pesae mok ayoh.. tahniah Pok Mae...biso pok mae didik anok..mogo Allah ramaikae oghe2 supo pok mae..

Abiey69 said...

Tahniah buat azrul dan pak man jugak...
sejuk rasanya bila anak berjaya dalam hidup.

AZANI said...

tahniah pak man dan juga anak pak man.Semoga pulang membawa kejayaan.

cikMilah said...

Tahniah PakMan berjay ddik anak ke tahap ini. Tahniah juga pada Azrul...

faraulah said...

Tahniah untuk Azrul
Tahniah Juga untuk Pakman

dari kecil lagi bercite2 nak sambung belajar kat luar negara..huhu

bile la nak merasa agak nyer

manlaksam said...

hai,
Terima kasih.

Lee,
Terima kasih, tak lama lagi anok demo pulok.

manlaksam said...

Achu tra,
Tak dok la biso mano...supo oghe ramai-ramai jah.


Abiey,
Terima kasih banyak-banyak.

manlaksam said...

AZANI,
Terima kasih banyak-banyak.

cikMilah,
Terima kasih banyak-banyak......dah lama tak singgah blog cik Milah.

Zaki said...

Anak2 penyambung cita2. Kita dulu tak kesampaian nak gi oversea.

Oversea kat mana tu?.

manlaksam said...

faraulah,
Terima kasih.....

manlaksam said...

Zaki,
InsyaAllah, ke US.

PINATBATE said...

Tahniah!
Pakman..saya nak menuntut ilmu macamana nak didik anak serupa Pak Man ni..
bijak..bijak belaka anak PakMan..

mother of two said...

tahniah... sy pun tumpang gembira:)

FIRZA said...

tahniah Azrul...dasat2 anak Pak Man...

tchersally said...

dua dalam satu nih..hantar anak dan bertemu kwn lama..

tahniah PM..PM dan isteri antara insan2 bertuah krn dikurniakan anak2 yg pintar..

manlaksam said...

Pinat,
Pak Man sama macam orang lain juga.Mungkin dah rezeki.

Shiela,
Terima kasih.

manlaksam said...

FIRZA,
Terima kasih.....biasa-biasa je.

tchersally,
Yaa....2 dalam 1.
Pak Man bersyukur kepada Allah.

sot said...

Tahniah dan bersyukur kerana anak berjaya mendapat biasiswa JPA ke US. InsyaAllah semoga pengalaman merantau lebih membuka minda for the big picture. Anak saya baya Azrul buat asasi di UIA PJ. Ambo pun dulu belajar di US jugok selamo 4 thn.

Nota: Azrul - ingat Allah pun ada jugok di US tu.