Wednesday, July 15, 2009

Bilakah akan berakhir....

Pagi-pagi bila orang sibuk nak ke sekolah mereka pun sibuk berderet-deret nak masuk hutan.
Bila tengah hari, orang sibuk nak balik dari sekolah mereka pun sibuk bawa keluar hasil dari hutan.

Tidak ada hari tanpa lori balak di jalan raya, kecuali Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Orang yang dapat hasil balak tu, harap tolong tengok-tengokkan sikit jalan di kampung ni. Baiki lah mana yang patut.

Semenjak merdeka sampai sekarang, tak habis-habis. Banyak sungguh hasil hutan negara kita. Kalau dibahagikan kepada setiap rakyat Malaysia agaknya boleh dapat seorang sebatang.




13 comments:

MULAN said...

yang kaya terus kaya.. rakyat terpedaya..

endiem said...

Sekarang ni kayu balak dah nak habis .. tinggal yang besar sikit pada batang mancis.. itu pun nak di kerjakan.. nanti esok tebang je pokok senduduk buat balak.

tchersally said...

PM,
selagi tak botak licin khazanah alam Malaysia nih..selagi itu lah ianya takkan berakhir..

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Xtau nak cakap apa pasal dorang ni.. Sebab doranglah, saya berlatih drift tiap2 pagi..

tulipurple said...

diorg pakai kete mahal2 PM,suspension mahal masuk lubang pun tak rasa,mana nak rasa azab kita nie...tunggulah pilihanraya...dan2 jalan berturap.

pssttt:amboiii semantan drift ko ye zana..haha

Towkey Balak said...

Maklumlah sebatang balak harga ribu2. Jadi kalau dapat 4-5 batang dah boleh beli lori balak. Sebab tu lah banyak lori balak bawak balak dulu kini dan selamanya. Selagi ada balak selagi tu lah akan ada lori balak di jalanan, gamaknya.

manlaksam said...

Mulan,
Begitulah adat dunia.

Endiem,
Sebesar batang mancis, sebesar batang pensel semua ditebangnya. Sempadan hutan simpan pun boleh dianjaknya.Rakus betullll.

manlaksam said...

tchersally,
Khazanah alam untuk kesenangan semua umat manusia, bukan untuk dibolot oleh individu-individu tertentu sahaja. Kalau nak kaya sorang-sorang, tunggulah nanti, bala dari tuhan.

Catz,
Bahaya tu......jangan diikutkan sangat darah muda tu.

manlaksam said...

Tulip,
Betul tu. Mereka ni duduk di bandar, kereta mewah, kita yang dok di kampung ni nak makan habuk ke, nak makan debu ke, mereka apa peduli.

Tokey Balak,
Yang Pak Man pelik tu, malam-malam pun ada lori angkut balak. Balak curi ke?.

AZANI said...

pak man:apa khabar?jenguk sekejap...

manlaksam said...

AZANI,
Khabar baik. Sibuk ke?.

akula said...

itulah tandanya negara kita yang kaya raya...

manlaksam said...

akula,
Negara memang kaya, tapi rakyatnya masih ramai yang tak kaya.