Friday, July 10, 2009

Perbezaan antara"Satu laksa dan Laksa satu !"


Sekarang ni mungkin tak ramai diantara anak-anak yang tahu tentang wujudnya istilah 'laksa' dalam Matematik.
Laksa maksudnya 'puluh ribu'. Kalau disebut 'satu laksa atau selaksa' maksudnya sepuluh ribu.
Dua laksa maksudnya dua puluh ribu.
Entah kenapa istilah ini hilang ditelan zaman. Kita sendiri yang tak nak guna kan nya. Maka hilang lah ia. Lepas tu kita pun buat kecoh kata bahasa kita tak cukup istilah, baik kita guna bahasa orang lain........... Itu cerita satu laksa.
Ini pula kisah 'laksa satu!'......
Pak Man rasa semua anak-anak pernah dengar dan faham bila disebut 'laksa satu!'.
Biasa terdengar di kedai-kedai makan. Laksa ada bermacam-macam jenis. Ada laksa lemak, laksa Penang, laksa Johor, laksa Sarawak dan bermacam-macam laksa lagi.

11 comments:

tchersally said...

Salam PM,
ehem..mendahului pemansuhan PPSMI nampaknye ni PM...hehe..
PM..have a nice weekend!!

manlaksam said...

tchersally,
Apa yang terlintas di fikiran , itulah yang Pak man akan tulis.
Sebelum ianya hilang dibawa angin lalu,baik Pak Man tulis cepat-cepat. Itu saja, tak ada niat lain.

AZANI said...

steady PM,dulu kodi,hun,takar,pikul, koyan,banyak digunakan, kat pasar payang masih ada kodi lagi kalau beli kain batik.

tulipurple said...

saya pun tak tahu istilah satu laksa...tq PM

arsaili said...

salam..pak man ..saya suka makan almost semua jenis laksa..ahahha

faraulah said...

Pak Man,

Ayoh saya ada "gok Bato" masa kecik2 dulu, selalu dengar perkataan 'laksa'

Biasanya orang kampung akan beli bato (atap) dengan menggunakan perkiraan 'laksa'

a kl citizen said...

makanan yang tersangat favorite saya... laksa penang

manlaksam said...

AZANI,
Ya , sudah banyak istilah-istilah lama tu dah tak kedengaran lagi.
Dalam muzium pun tak ada.

Tulip,
Memang kebanyakan orang muda dah tak pernah dengar dah istilah-istilah tu.

manlaksam said...

arsaili,
Laksa Sarawak dah cuba ke?.

faraulah,
Ya, Pak Man pun selalu dengar orang tua-tua selalu cakap,"Rumah Si A tu besar, atapnya selaksa".

manlaksam said...

kl citizen,
Laksa Penang memang sedap, terutama sekali kalau makan dengan kuah yang semalam.

ASE1 said...

saya telah diketawakan oleh seseorg bila menggunakan istilah
' laksawan ' . Terfikir plk , salah ker ?