Tuesday, July 21, 2009

Nyior tua, nyior muda.

Minggu lepas Pak Man telah selesaikan satu masalah. Buah kelapa tua selalu saja gugur, nyaris-nyaris menimpa anak kambing. Pak Man upah Seli (tukang kebun sekolah) panjat pokok kelapa tersebut dan turunkan semua buah-buah yang dah tua dan daun-daun yang kering.
Tak ketinggalan juga setandan dua buah yang muda. Upah nya RM 10 untuk sebatang. Dia panjat 4 batang, jadi upahnya RM 40.00 .
Sekarang ni baru lah rasa selamat sikit bila lalu bawah pokok kelapa.

15 comments:

FIRZA said...

byk kelapa ni pak man....ble tukar jadi duit ni.....

maklang said...

daun kelapa kering boleh raup buat penyapu lidi..teringat masa kecik2 dulu..suka tolong nenek raup daun kelapa!

manlaksam said...

FIRZA,
Kalau ada orang nak beli boleh la Pak Man jual, tapi dengan kulit-kulitnya sekali.

manlaksam said...

Maklang,
Budak-budak sekarang ni dah tak nak buat dah kerja-kerja macam tu.
Maklum lah mereka lahir zaman mewah.
Mereka hanya tahu beli saja. Padahal banyak benda free di sekeliling kita.

KR 31 A.K.A Zabri said...

pernah gak upah Seli tu panjat kelapa.. memang pro dia panjat...

silversarina said...

Memang takut jalan bawah pokok kelapa.

Senang Pakman serba-serbi ada kat sekeliling rumah .

nj said...

Pak Man...
Kalau mokcik mokcik buat kuih tu...geram aje nengok ke buoh nyior tu...sedap buat buah melaka....

tchersally said...

PM,

kelapa tua2 tu buat kerisik PM..ni nak raya ni permintaan mesti banyak..

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Wah.. byk ke pokok kelapa? Syok ni.. bleh la tempah daun ketupat..hehe

m e E n said...

Pak Man.
Lega tekak bile dapat
minom air nyior ni kan.

a kl citizen said...

best ada pokok2 sendiri ya..

manlaksam said...

Zabri,
Seli tu memang cekap. Setiap manusia tu ada kelebihan nya.

Silversarina,
Berhati-hati bila lalu bawah pokok kelapa, kerana pernah ada orang meninggal ditimpa buah kelapa.

manlaksam said...

nj,
Buah melaka sekarang ni dah mahal dah. Di Raub, masa bulan puasa harga nya 50 sen sebiji.

tchersally,
Buat kerisik pun ok juga. Untuk guna sendiri aje lah.
Bila cerita bab jual kelapa ni, Pak Man sedih lah pulak. Luka lama berdarah kembali.

pB said...

takut nok parking kreto bowoh pokok nyor ...

tok pasa pasa , kemek bumbung kreto ...

manlaksam said...

Catz,
Daun ketupat....hehehehehe.
Pokok nya tinggi sangat.

meEn,
Air kelapa muda memang best !.


kl citizen,
Itu semua mak mertua yang punya. Pak Man menumpang saja.