Saturday, February 20, 2010

Pak Haji Parang


Pak Haji ni masih ingat akan Pak Man, walau pun kami hanya berjumpa sekali-sekala sahaja. Setiap kali balik bercuti ke KB, Pak Man pasti berkunjung ke kedai Pak Haji. Pak Man nak tengok kalau-kalau ada koleksi terbaru yang Pak Haji jual.
Kalau barang tak ada stok, Pak Haji berjanji akan carikan untuk Pak Man.
Pak Man dah beli banyak jenis barang-barang besi dari Pak Haji.
Semua nya ada di sini, parang, sadap, keris, lembing, pedang, buku lima, kerambit,dan banyak lagi.
Kedai nya biasa saja, tidak lah sehebat kedai-kedai bangsa asing yang terdapat di kompleks beli-belah.
Tapi hati dan jiwa Pak man rasa tenang bila berkunjung ke kedai ini. Lebih-lebih lagi bila bersembang dengan Pak Haji.
Kepada 'saudara yang tak bernama' yang begitu bangga sangat dengan bangunan-bangunan tinggi yang terdapat di tempat beliau, Pak Man nak tanya, "Dalam kompleks beli-belah tersebut ada berapa buah kedai orang kita?".
Jangan lah nak berbangga sangat dengan kemajuan tersebut. Bangunan tu siapa punya?
Di mana kah tempat anak-anak muda kita ?....dalam kedai, sebagai peniaga kah? atau di tepi-tepi tangga sebagai 'kutu lepak'?.

14 comments:

aintsuperwoman said...

Pak man,
Kat mana kedai Haji ni?
Suami saya suka betul mengumpul parang dan pisau. Selalunya pisau yang disayanginya akan digunakan untuk masa korban Raya Haji. Kot2 nanti bila pegi KB tengok anak, kami boleh singgah.

Betul Pak Man, kadang2 orang kita asyik nak berbangga dengan pembangunan je, tapi hakikatnya, berapa ramai orang kita yang hanya menyewa dan menumpang?

Ramai orang tak tahu betapa pelabur-pelabur asing sendiri cukup berminat dengan Kelantan.

Pak Man laksam said...

ASW,
Kiosk Pak Haji ni terletak di tingkat bawah Pasar Siti Khadijah, kawasan makcik-makcik jual kuih.
Terima kasih.

Webmaster@Echam said...

Balik kelantan bulan depan saya nak singgah. Saya suka beli parang.

AZANI said...

salam pakman
dalam KTC ke?

cakap pakman betul....kadang kadang kito sorak bangunan , tapi tanah dan bangunan milik bukan bangsa sendiri

AZANI said...

sori pakman
baru baca komen pakman....he he kat pasar siti khadijah rupanya

Pak Man laksam said...

Echam,
Terima kasih........

Pak Man laksam said...

AZANI,
Terima kasih......

M. Ibrahim said...

"Semua nya ada di sini, parang, sadap, keris, lembing, pedang, buku lima, kerambit,dan banyak lagi."
Jangan sebut acapkali Cikgu Man, nanti susah kawe pula, kalau-kalau "saudara yang tak bernama" cari pasal.Banggalah hasil usaha bangsa kita,warisan kita, bukannya budaya orang lain, spt lepak, dll.

Fid said...

salam pak Man
Ayah saya kalau beli parang wajib tempah kat tukang yang dia memang kenal sejak zaman kanak-kanak lagi...

Pak Man laksam said...

Pok Him,
Hahaha.....tak ada niat nak mengata orang.
Tq Him.

endiem said...

setuju dengan pak man.

Pak Man laksam said...

Fid,
Waaaa...itu lagi bagus.

endiem,
Terima kasih.......

naha said...

Salam Pak Man,

baru bersembang ngan Suria pasal keris td.. Ada tak keris yg comel2 dan menarik untuk jd cenderahati kat situ.. kalau boleh siap dgn info dia..

Pak Man laksam said...

Salam Naha,
Keris tu memang ada dijual di situ, tapi Pak Man kurang arif tentang 'menarik' tu macam mana....