Monday, February 1, 2010

Harta kadang-kadang boleh menyusahkan kita.


Arakian tersebutlah kisah di sebuah kampung yang bernama Kg.Seputar Alam. Adapun kampung ini tinggalnya beberapa orang muda sahaja, melainkan semua nya terdiri daripada warga 'lansia'(lanjut usia).
Cerita kali ini berputar sekitar hidup salah seorang warga 'lansia' tersebut. Kita namakan nya dengan nama Mak Cik S.
Beberapa tahun yang lalu, Mak Cik S telah di datangi oleh Mak Cik Q kerana nak minta kebenaran menumpang di tanah Mak Cik S.
Mak Cik S izin kan. Rumah didirikan.........makin lama rumah ditambah jadi makin besar, makin besar........
Mak Cik S kata,"Jangan lah tambah lagi, nanti bila tiba masa nya anak-anak saya nak diri kan rumah di situ, kamu kena pindah."
Tiba-tiba muncul anak-anak Mak Cik Q, "Berapa harga tanah tu....biar kami bayar."
.
Jawab Mak Cik S, "Saya tak nak jual tanah tu....kalau kamu ada duit belilah tanah lain untuk mak kamu ni."
.
Anak Mak Cik Q senyappppp...........
.
Sekarang Mak Cik Q dah meninggal. Rumah tu masih di situ. Dalam empat - lima bulan kebelakangan ni, dah ada orang menyewa. Duit sewa tak tahu siapa yang kutip.
.
Mak Cik S tak dapat apa-apa......cukai tanah nak kena bayar. Tanah tak boleh guna kerana ada rumah di situ. Duit sewa rumah, orang lain yang kutip.
.
Macam mana tu?........

8 comments:

PINATBATE said...

susah..susah...

Anonymous said...

pengajaran dr ceritera ini;

jgn terlalu murah hati dgn orang!

KC

Pak Man laksam said...

Pinat,
Susah....betul!

Pak Man laksam said...

KC,
Buat baik berpada-pada.

farouk said...

mak cik s kutip la sewa tanah, biar org tu kutip sewa rumah. tak la rasa rugi sangat. tapi kesian mak cik s niat nak buat baik tapi di balas begini.

Pak Man laksam said...

farouk,
Sewa tanah tak di bayar......sebab dulu bagi tumpang free.

Anonymous said...

masa makcik tu idup ok.. once dia dah mati kebenaran takde utk sesapa yg menghuni tanah tyu regardless ada rumah disitu.

ok la org takde bakar.. takde org tau.
sia pa yg megutip hutang itu adalah salah kerana mereka bukan pemilik yang diberi kebenaran oleh tuan tanah.
jgn biarkan tanah disetinggan . kerana susah kalau mereka tak nak kluar, kerana kita kena beri mereka pampasan., melainkan mereka sanggup keluar dari tanah itu sendiri.
tapi keizinan atau lesen diberi pada makcik tu yg sudah tiada. maka lesen tersebut mati bila makcik tu mati.
jadi sesapa yg menuntut sewa hasil dari rumah itu adalah salah kerana mereka adalha setinggan/org yg tidak berlesen dan menceroboh..boleh diambil tindakan undang undang...
kalau rumah tu kosong robohkan atau bakar saja. tapi jgn org tau la sapa yg membakarnya.. kecoh pulak..

macam rumah haram tu sbb selalu terbakar, sebab once terbakar takde hak mereka nak tuntut apa apa. kalau tanah gomen bleh lah tuntut pampasan sagujhati etc.
kalau dah hapus rumah tu maka tiada sapa berkenaan boleh buat apa. jika mereka nak membina rumah yg baru mereka adalah menceroboj.

Anonymous said...

kalau nak sesiapa yg keluar dari rumah tu beri mereka notice.
beri mereka tempoh, jika didalama tempoh tersebut mereka gagal nak keluar maka notice disyhtiharkan mereka tiada hak untuk tinggal atas tanah tersebut. dan mereka adalah menceroboh.

roboh bila umah tu kosong. abis cerita.
siapa yg menuntu sewa dari rumah tu nak marah apa? apa hak dia atas tanah tu?
dan mereka tak bayar cukai tanah..

pegi jumpa lwyer suruh mereka buat surat notice suruh kluar, dan serve.