Wednesday, February 3, 2010

Bahasa Melayu bahasa komunikasi.

Pak Man rasa sedih bila melihat papan tanda ini. Sanggup mereka menduakan Bahasa Melayu. Perlukah ditulis bahasa lain selain dari Bahasa Melayu di Papan penunjuk arah tersebut.
.
Kita sekarang sedang mengamalkan dasar 1 Malaysia, sepatutnya Bahasa Kebangsaan kita adalah satu iaitu Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia). Tidak ada dua atau pun tiga.
.
Gunakan lah bahasa kebangsaan kita,
Marilah amalkan ramai-ramai,
Bahasa lah menyatukan kita semua,
Yakin lah bahasa jiwa bangsa.
.
Pak Man bukan nak bersikap perkauman, tapi ini sudah menjadi dasar kerajaan....mendaulatkan bahasa kebangsaan.

14 comments:

endiem said...

setuju dengan pak man.

Pak Man laksam said...

endiem,
Terima kasih.....

Fid said...

Pak Man
saya faham perasaan Pak Man....
bahasa kebangsaan hanya satu yang lain-lain tu..lain kali laaa...

pB said...

dah ramai yang tak menghormati bahasa melayu nie


risau

kut kut

satu hari nanti bahasa melayu akan nenerima nasib yang sama seperti bahasa Jawi

Achu Tra said...

marilah kita sama2 perjuangkan Bahasa Melayu & jangae dilupo adik kakok...dialek Kelate...

farouk said...

bahasa melayu bukan utk org melayu sahaja. ia milik semua yg berwarganegara malaysia. bersama-samalah kita memeliharanya.

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Bahasa Melayu kita dah banyak rosaknya..

Tengok saja dalam drama - nak bercakap dalam Bahasa Melayu pun dah malu agaknya.. kejap I kejap U..

Bila hantar mesej di telefon pun begitu juga - 'Hai.. watpe tu?'

Entahlah..

MULAN said...

camna nak settle hal bahasa ni yek.. terkadang terikut bahasa rojak..

Pak Man laksam said...

Fid,
Bila jabatan kerajaan pun buat acuh tak acuh saja, sedih laaaaa.
Terima kasih.

pB,
Harap-harap jangan lah.......

Pak Man laksam said...

Achu Tra,
Betul tu....Hidup Bahasa Melayu!.

farouk,
Yaaaaa......sama-sama lah kita memelihara nya.

Pak Man laksam said...

catz,
Rosak...rosak......semakin hari semakin teruk.

MULAN,
Kuat kan iman....jangan terpengaruh.

rizza said...

nak buat cam ne ..kalau jati diri org melayu sendiri dah hilang.. bukan hanya org yg kecik je.. yg beso2 pun sama... kalau nak kukuhkan bahasa melayu.. semua masyarakat msia kena amik peranan.. ni tak.. mana2 je ade tulisan asing tu...
satu lagi... harap2 satu hari nanti ade le "polis bahasa" macam kat quebec.. semua dia sana kena ade bahasa french... kalau bahasa kedua hanya english tu pun ... kalau salah tulis kena saman....

drama kat msia ni.. bergantung pada pengarah/penerbit.. kalau mereka nak bahasa rojak.. masyarakat tgk dengar bahasa rojak.. tapi ade tu juga yang memang jaga bahasa melayu...

masalah global... bahasa sms... paling saya tak suka....

ok pak man... guru adalah pembimbing masyarakat yg muda kan ...

M. Ibrahim said...

Itu cuma papan tanda sementara saja, yang kekal akan dibuat lain. Pihak berkuasa Tempatan mungkin sedar akan kesilapannya. Apa kata kalau ada masa Cikgu pergi jumpa Pegawai Perhubungannya perjelaskan yang sebetulnya dan sebaiknya.

Anonymous said...

Perjuangkan martabat bahasa kebangsaan bukannya perkauman. Dan Pak Man bukan perkauman tapi patriotik dan nasionisme. Yang perkauman adalah mereka yang masih menduakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, yakni masih memuja bahasa kaum dalam konteks yang 'keliru-celaru'.