Thursday, July 30, 2009

Kalau nak jadi wartawan, korek telinga betul-betul.

PERMOHONAN MAAF
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
IKLAN@UTUSAN
");
//]]>-->

Wednesday, July 29, 2009

1 kolam ikan - Ikan didahulukan, makanan diutamakan.

Hari pertama, kolah dalam proses pembikinan.
Hari kedua, sudah hampir siap. Kadir buat seorang saja.

Hari ketiga, yaaah.....sudah siap. Tunggu masa nak isikan air dan anak ikan saja.



InsyaAllah, minggu depan akan diisikan air dan anak ikan. Harap-harap semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.


Friday, July 24, 2009

Projek kolam ikan.

Pak Man baru beli batu-bata dan pasir serta simen untuk buat kolam ikan. Hajat di hati nak buat kolam ikan yang tak lah berapa besar, cukup untuk dimuatkan 200 ekor ikan tilapia saja.
Buat kolam tepi dapur, senang kalau nak masak tangkap dan terus masak.
Dalam seminggu dua lagi kalau tak ada apa-apa halangan, siaplah kolam tu.
Nanti akan Pak Man tunjukkan gambar nya.

Thursday, July 23, 2009

Di luar hitam di dalam manis.

Orang bandar kalau nak makan buah-buahan boleh beli saja dari mana-mana gerai atau kedai. Orang kampung kena gerak kan tulang empat kerat dahulu baru dapat makan buah. Sama ada kait atau panjat.
Ini lah hasilnya. Boleh lah makan anak-beranak. Nampak di luarnya hitam tapi isi di dalam nya manis.
Kalau nenek-moyang kita dulu-dulu rajin bertanam, maka anak-cucu nya dapat lah merasa hasil nya.

Wednesday, July 22, 2009

Buta Huruf - Kenapa? , salah makan kah atau salah ibu mengandung?......atau salah guru?.

Pak Man terkejut besar bila baca berita tentang 54 227 orang murid tahun satu yang tak tahu membaca. Apa sebenarnya masalah mereka. Tak dapatlah nak dihuraikan di sini.
Pak Man pernah mengajar kelas pemulihan murid-murid orang asli. Memang perit sekali. Hari ni ajar A, B , C.......ok semua boleh dapat. Esok nya tanya semula mereka dah lupa. Huruf A pun mereka dah tak kenal dah.
Kalau Pak Man tak alami sendiri memang Pak Man tak akan percaya. Tak tahu apakah puncanya terjadi sedemikian rupa.
Kalau sesiapa ada jawapan nya harap dapat beri bantuan.

Tuesday, July 21, 2009

Nyior tua, nyior muda.

Minggu lepas Pak Man telah selesaikan satu masalah. Buah kelapa tua selalu saja gugur, nyaris-nyaris menimpa anak kambing. Pak Man upah Seli (tukang kebun sekolah) panjat pokok kelapa tersebut dan turunkan semua buah-buah yang dah tua dan daun-daun yang kering.
Tak ketinggalan juga setandan dua buah yang muda. Upah nya RM 10 untuk sebatang. Dia panjat 4 batang, jadi upahnya RM 40.00 .
Sekarang ni baru lah rasa selamat sikit bila lalu bawah pokok kelapa.

Saturday, July 18, 2009

Budak-budak 'Dorm G' panjat Bukit Pelindung.

Ini kisah yang berlaku pada 1980. Beberapa orang pelajar lelaki, dari Dorm G SM Teknik Kuantan telah mendaki Bukit Pelindung. Peristiwa ini berlaku di suatu pagi minggu. (macam karangan budak UPSR laa....)
Sebenarnya Bukit Pelindung ni tak la tinggi sangat. Tiap-tiap petang beratus-ratus orang warga Kuantan akan berjoging naik dan turun Bukit ini.
Di puncaknya ada menara pemancar telekomunikasi. Pada waktu itu (1980) ada pasukan tentera yang berkhemah dan menjaga keselamatan menara pemancar itu. Sekarang ni Pak Man tak pasti ada lagi ke tidak tentera yang mengawal di puncak bukit itu.
Kalau budak-budak sekolah, terutama nya budak-budak asrama dari sekolah Teknik, Vokesyenal dan Alor Akar naik ke sana, mereka akan dilayan oleh askar-askar ni. Borak-borak sambil minum air oren.
Pak Man nak cerita lah sikit tentang layanan istimewa ni........
Salah seorang dari abang-abang ni ajak kami ikut dia gi tengok jerat kancil yang dia tahan dalam hutan. Kami pun ikut lah. Sampai di satu kawasan, dia suruh kami semua tunggu tepi jalan dan hanya seorang saja yang boleh masuk ke hutan bersamanya.
Dia pilihlah salah seorang kawan Pak Man, nasib baik sungguh kawan tersebut, kerana dapat tengok jerat kancil .(Kata hati Pak Man).
Sepuluh minit kemudian , kami dengar kawan kami tu menjerit dan berlari keluar dari hutan ke arah kami. Dia cakap,"Cepat lari ! , cepat lari !".
Kami semua pun lari lah lintang pukang turun bukit. Laju sungguh. Nasib baik tak tersungkur.
Kenapa kawan tu bertempik?.
Dia tak cakap apa-apa. Diam membisu seribu bahasa. Sampai sekarang ni Pak Man masih dok fikir lagi.
Tapi sekarang ni Pak Man dah mula dapat jawapannya.
Kawan Pak Man tu ada lah budak yang paling comel antara kami semua. Putih dan lembut.

Wednesday, July 15, 2009

Bilakah akan berakhir....

Pagi-pagi bila orang sibuk nak ke sekolah mereka pun sibuk berderet-deret nak masuk hutan.
Bila tengah hari, orang sibuk nak balik dari sekolah mereka pun sibuk bawa keluar hasil dari hutan.

Tidak ada hari tanpa lori balak di jalan raya, kecuali Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Orang yang dapat hasil balak tu, harap tolong tengok-tengokkan sikit jalan di kampung ni. Baiki lah mana yang patut.

Semenjak merdeka sampai sekarang, tak habis-habis. Banyak sungguh hasil hutan negara kita. Kalau dibahagikan kepada setiap rakyat Malaysia agaknya boleh dapat seorang sebatang.




Tuesday, July 14, 2009

Bilion (billion)


'Bilion' dalam Bahasa Melayu, dalam Bahasa Inggeris pula 'billion'.
Kalau di Britain, maknanya 'Satu juta juta' iaitu 1 000 000 000 000 (10 kuasa 12).
Kalau di US, maknanya 'Satu ribu juta' iaitu 1 000 000 000 (10 kuasa 9).
Kenapa jadi macam tu?, ada dua makna.
Malaysia ikut yang mana?, dan kenapa?.

Saturday, July 11, 2009

No rest

Semasa penjajahan Inggeris, ada seorang pegawai daerah berbangsa Inggeris yang bertugas di sebuah daerah di negeri Pahang.
Beliau suka melawat kampung-kampung di pedalaman. Setiap kali beliau datang melawat, kelihatan orang kampung sedang sibuk bekerja.
Beliau tanya, "Buat apa tu?"
Orang kampung jawab,"Motong getah".

Balik dari motong, sibuk pula nak bekukan susu getah dan lepas tu buat pula getah keping lalu di jemur. Orang putih tersebut menggeleng-geleng kan kepala sambil berkata,"Oooooo.......no rest!".
Orang kampung tak faham lalu bertanya,"Apa tuan?".
Dia kata,"No rest!".

Orang kampung pun berbincang sesama sendiri, lalu sepakat untuk menggunakan perkataan 'no rest' bagi menggantikan perkataan'motong'.

Jadi selepas itu, bila ditanya,"Nak ke mana tu?". Maka akan di jawab,"Nak gi no rest!".
No rest, no rest, no rest, akhirnya berubah menjadi 'noreh'.

Sekarang ni bila ditanya, "Nak ke mana tu?". Maka jawabnya, "Nak gi noreh!".

Friday, July 10, 2009

Perbezaan antara"Satu laksa dan Laksa satu !"


Sekarang ni mungkin tak ramai diantara anak-anak yang tahu tentang wujudnya istilah 'laksa' dalam Matematik.
Laksa maksudnya 'puluh ribu'. Kalau disebut 'satu laksa atau selaksa' maksudnya sepuluh ribu.
Dua laksa maksudnya dua puluh ribu.
Entah kenapa istilah ini hilang ditelan zaman. Kita sendiri yang tak nak guna kan nya. Maka hilang lah ia. Lepas tu kita pun buat kecoh kata bahasa kita tak cukup istilah, baik kita guna bahasa orang lain........... Itu cerita satu laksa.
Ini pula kisah 'laksa satu!'......
Pak Man rasa semua anak-anak pernah dengar dan faham bila disebut 'laksa satu!'.
Biasa terdengar di kedai-kedai makan. Laksa ada bermacam-macam jenis. Ada laksa lemak, laksa Penang, laksa Johor, laksa Sarawak dan bermacam-macam laksa lagi.

Thursday, July 9, 2009

Hidup Bahasa Melayu !

Orang Melayu patut berbangga dengan Bahasa Melayu.
Kalau dapat kuasai bahasa-bahasa lain, lagi bagus.
Tapi ingat, jangan ketepikan Bahasa Melayu.
Di sini tanah tumpah darah orang Melayu.
Kalau Bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya, di mana lagi?.
Sementara Melayu masih berkuasa, gunakanlah dengan bijak.
Pertahankan pusaka datuk-nenek kita.
Kalau berbangga sangat dengan Bahasa Orang Putih, ok.... tak jadi masalah.
Tapi Bahasa Melayu jangan di ganggu.
Nak cakap Orang Putih sampai berbuih mulut pun buat lah.
Bahasa Melayu jangan kacau.

Kalau nak mengajar orang bisu atau pekak,
guna lah bahasa isyarat.
Kalau nak mengajar ilmu sains kepada orang Melayu,
guna lah Bahasa Melayu.

Kalau nak ajar orang Melayu cakap Bahasa Inggeris,
baru lah guna kan Bahasa Inggeris.

Macam mana dengan Pok Dir, setuju ke?.

Tuesday, July 7, 2009

Durian cantik.......AWAS !!

Dalam entri Pak Man sebelum ini, Pak Man cuba mengenengahkan kisah durian beracun. Ada pembaca yang dapat tangkap maksudnya dan ada juga yang tak dapat. Tak apa lah, oleh itu kali ini Pak Man nak sambung sedikit lagi.
Durian yang cantik itu sudah semestinya datang dari kebun yang terjaga rapi.
Buah yang baru keluar akan disembur racun secara berkala. Ini akan dapat mengelak daripada serangan ulat, tupai dan monyet.
Sementara jagaan dari dalam pula dengan menggunakan racun yang ditabur seperti baja. Bukan saja buah, malah daun pun tak akan dimakan oleh ulat. Bayangkan betapa kuatnya racun tersebut.
Hasilnya sudah tentulah buah yang cantik.
Ini berbeza dengan orang Melayu, mereka mengawal tupai dengan menggunakan senapang, bukan racun. Sebab itulah orang cina yang ada kebun durian akan beli durian kampung Melayu untuk dimakan.
Berhati-hatilah dalam membuat pilihan kerana yang cantik itu mungkin ada racun.......





Saturday, July 4, 2009

Kisah posman dan pekebun durian.

Tersebut lah kisah seorang pekebun durian berbangsa Cina di sebuah kampung di daerah Raub. Pada tahun ini durian nya sangatlah menjadi. Buahnya lebat dan cantik isi nya.
Pada suatu hari datang seorang posman ke rumah pekebun tersebut. Dengan hati yang ikhlas pekebun tersebut mengajak posman itu singgah makan durian.
Posman rasa sungguh terharu kerana pekebun cina tersebut mengambil sebiji durian yang paling cantik dan besar untuk di hidangkan kepada nya.
Dalam pada pekebun tersebut mengopek buah durian itu tiba-tiba seulas dari nya terjatuh ke tanah.
Anjing kesayangan tuan kebun itu terus meluru datang nak makan durian yang terjatuh tadi tetapi segera dihalau oleh tuan kebun itu.
Posman berkata,"Biarlah anjing tu makan, buah tu dah kotor, apa salah nya".

Pekebun itu jawab," Tak boleh woooooo, buah ini manyak racun nanti anjing saya boleh mati wooooo".
Posman terkejut, " Habis tu yang awak nak bagi saya makan ni kenapa?, awak nak bunuh saya ke?".
Posman tersebut terus 'start' motor dan pergi sambil membebel-bebel.

Ini adalah kisah benar. Kesimpulan ceritanya Pak Man rasa anak-anak boleh fikir sendiri.

Thursday, July 2, 2009

01 Julai 09

Semalam Pak Man cuti, kerana menghantar anak Pak Man Azrul mendaftar di Kolej Universiti Antarabangsa Inti, Nilai. Tiba-tiba saja Azrul dapat tawaran biasiswa JPA untuk Program pengajian luar negeri. Kelas persediaan dan tahun pertamanya dibuat di kolej tersebut.
Azrul terpaksa berhenti dari UIA.
Pagi Pak Man hantar dia ke Nilai dan selepas tu terus pergi UIA PJ kerana terpaksa selesaikan segala urusan pemberhentianya dan ambil barang-barangnya di asrama. Nasib baik ada Daddy Al-Fateh yang menolong Pak Man , kalau tidak susah juga tu.
Sementara dah berada di PJ tu, Pak Man hubungilah Fudzail. Dapatlah kami bertemu melepas rindu. Tak dapat sembang lama-lama kerana Pak Man terpaksa balik ke Raub sebelum malam. Mak mertua tinggal seorang di rumah.
Hari Ahad ni terpaksa ke Nilai lagi kerana nak menghantar barang-barang Azrul.