Wednesday, October 28, 2009

..our often heard but never seen MP..


Kata-kata di atas Pak Man petik dari blog Pak Mat Bachok. Nampak nya dah ada orang-orang di Bachok yang mula sedar dan berani mempersoal kan tentang wakil rakyat yang mereka pilih.

"Tok napok muko!"
"Payoh nok jjupo dengan dio."
dan macam-macam lagi. Dulu masa pilihan raya, banyak kain rentang yang terpampang di tepi-tepi jalan...."KAMI NOK USTAZ NASA...KAMI TOK SIR AWANG ADEK".

Tapi sekarang ni, Awang Adek yang lebih kerap tunjuk muka di Bachok.
Harap-harap PRU akan datang, kalau nak pilih Tok Wokil biarlah calon tu terdiri daripada anak-anak Bachok sendiri.
Pak Man bukan nak kempen politik, hanya sekadar memberi cadangan yang ikhlas.

Cerita tentang Bachok boleh dibaca dalam blog Pak Mat Bachok.

16 comments:

silversarina said...

Biasalah YB tak nampak bayang kat kawasan sendiri. Tempat saya pun tak pernah sekali pun nampak bayang , dah lah dia orang baru dan muda , entah macamana boleh dipilih , lepas tu senyap tak jengok langsung rakyat tempatan :(

Achu Tra said...

pok mae...tok woke ni sogho rakyat...kalu tok woke tok dekak nga rakyat..nok woke rakyak belahmano..hhmmm...

Zaki said...

Demo lah balik bachok jadi wakil rakyat....kawe sokong!!!!

faraulah said...

Saya setuju sangat dengan 'statement' Pak Man,

tulipurple said...

fenin kalu dok pkkan politik tanah air...

nj said...

biasa juga tengok muka dia dalam TV ... tapi dulu lah...2 tahun lepas...merajuk kut ye?

Pak Man laksam said...

Silversarina,
Betul tu....kesian dengan orang kampung saya.

Pak Man laksam said...

Achu Tra,
Kalu di Bachok tu tak dop ggapo yang mereka buat. Dari dulu hingga loni, Bachok masih macam tu.

Pak Man laksam said...

Zaki,
Kawe tak layak jadi wakil rakyat.Jadi ketua darjah pun tak pernah......

Pak Man laksam said...

faraulah,
Orang Bachok mesti sokong orang Bachok juga. Bila lah orang Bachok nak jadi MB.

Pak Man laksam said...

Tulip,
Baik jangan fikir. Nanti darah tinggi.

Pak Man laksam said...

nj,
Pak man pun tak faham dengan dia ni, ke mana haluan dia sebenarnya.

faraulah said...

Pak Man,

Kalau Balik Bachok tu .. try lah masuk jalan Pengkalan Haji Ali..

pastu masuk lorong ke Kg. Kelerek..
keadaan jalan ... macam sebelum merdeka.

(saya risau masuk surat khabar macam hari tu dalam entry Pak Man, Pengantin perempuan guna duit hantaran buat tambak jalan)

Pak Man laksam said...

faraulah,
Bila nok bekwoh tu?.

faraulah said...

Pak Man,

Bekwoh???
hahaha..
Bulan 12 ni (Adik Saya)..
nanti bile dah tetap tarikh..saya akan jemput.

Shifu67 said...

errr... citer pasal tok wokel bachok tu eiii... lepas menang hari tu, kawe ada nampok sekali dia tengah makan kat kedai A A Tarbus... dia tak kaba bangkali dia tu tok wokel bachok... hehehe