Monday, October 12, 2009

Hijaukan bumi kita - Projek Gaharu.

Ini adalah anak-anak pokok gaharu yang Pak Man dapat dari pokok kepunyaan seorang kawan. Pak man cabut dan bawa balik untuk disemai. Anak-anak pokok ni hendaklah direndam akarnya dalam air supaya tidak layu. Kalau nak jalan mudah, boleh beli saja anak-anak pokok ni dari pembekal. Tapi kalau dah boleh semai sendiri buat apa nak buang duit.
Setelah di masukkan ke dalam polibeg, begini lah rupa nya. Setiap hari kena siram. Itu kerja senang ........tak ada masalah. Semoga anak-anak pokok ni akan tumbuh membesar.......jangan ada sebarang masalah. Cepat membesar dan cepat lah dapat ditanam.

Ini lah tempatnya yang akan Pak Man tanam pokok-pokok gaharu tersebut. Cerun bukit di belakang rumah. Keluasan ada lah lebih kurang 0.5 ekar. Dulu Pak man tanam getah, habis kena sondol oleh babi. Yang tinggal ada dalam 30 pokok, jadi Pak Man nak tebang dan gantikan dengan gaharu. Kali ini Pak Man akan pagar betul-betul.


17 comments:

tchersally said...

Salam PakMan..

terasa nak ambil angin luar setelah sekian lama berkurung..

hmm..PM nak tanam gaharu ya..lepas gaharu cendana pula tau..eh..cendana tu pokok ke?

pinatbate said...

Pak man..rajin betul Pakman ni..

Abiey69 said...

Kaya pak man nanti... moga berhasill

AZANI said...

semoga berhasil pak man

manlaksam said...

tchersally,
Baguslah tu........
Cendana tu pokok juga tapi tak pernah tengok pula macam mana rupa nya.

Pinat,
Tak ada lah rajin sangat......
Biasa-biasa je.

manlaksam said...

Abiey,
Mintak-mintak biar lah berjaya....

AZANI,
Sama-sama lah kita doakan.......

lina said...

Moga berjaya Pak Man!
Bagus lah Pak Man ni, macam-macam projek ada. :-)

xiiinam said...

Assalamualaikum tuan rumah...
Salam kunjungan.









Saya baru cadang nak mulakan projek hijaukan tepi rmah yang sekangkang kera cuti sekolah hujung tahun ni...


ckLah.

Achu Tra said...

pok mae..insyaallah jadi jutawae nanti jangae lupo lah ko ambo...ado saing ambo dok jual minyok dia...renya-renya duit!!

en_me said...

rajinnyerrr..

mother of two said...

pakman, kalau eksport ke dubai kaya nie.. pak arab suka bakar gaharu nie kat rumah

Zaitun said...

Salam PakMan

Bagus tu kita hijaukan bumi kita.PakMan untung ada tanah,saya cuma ada sekangkang kera aje tapi keliling ada pokok sama ada yang berbunga atau pun pokok daun saja.Hari2 mesti melawat sambil bercakap2 dengan pokok.Cik abang pun kadang2 cemburu lebih perhatian pada pokok2 katanya.Dah minat nak buat macamana.

manlaksam said...

Lina,
Saja nak memenuhkan masa lapang.
Tak lah rajin sangat......

ckLah,
Terima kasih kerana sudi singgah .
Sama-sama lah kita hijaukan bumi kita.

manlaksam said...

Achu Tra,
Ambo baru nak mencuba. Doa-doa kan lah semoga menjadi.

En_me,
Biasa-biasa jerrrr.

manlaksam said...

Shiela(MOT),
Hahaha....nak eksport!...hehehehe...baru nak tanam .....tapi kalau jadi kenyataan, best juga tu.

ZAITUN,
Berkebun tu bagus, tapi jangan sampai lupa suami......kesian dia.

arsaili said...

salam...wahhh pokok gaharu..sudah gaharu cendana pula..ehehe...byk ke babi hutan kat situ pak man?

manlaksam said...

arsaili,
Banyakkkkkkk....tenkiu kerana singgah.