Sunday, October 18, 2009

Durian Hitung atau Durian Sangka.

Pak Man tak pernah tengok lagi pokok durian yang berbuah di batang nya. Biasa nya durian akan berbuah di dahan.
Pak Man terima gambar ni dari kawan Pak Man, Zamri/Putiq. Zamri bertanyakan tentang benih 'durian hitung' ni samada Pak Man tahu atau kenal sesiapa yang ada benih nya.

Zamri ni hobi nya menanam pokok-pokok yang pelik-pelik dan pokok yang sudah hampir pupus. Dia kata untuk tatapan anak-cucu di kemudian hari.
Orang Raub panggil durian ni dengan nama 'durian hitung' atau 'durian sangka'. Durian ni tumbuh meliar di dalam hutan. Buah nya tak ada isi, cuma ada biji sahaja. Sebab tu lah tak ada orang yang tanam.
Buat masa sekarang ni Pak Man belum jumpa lagi lah dengan benih nya. Usaha bertanya kepada orang-orang yang selalu masuk ke hutan tu dah Pak Man buat. Kalau mereka terjumpa nanti, mereka akan beritahu.
Pak Man harap Zamri tunggu saja lah ya..........

12 comments:

Ahlami said...

eh...pelik sunggoh tu..
x rajin tgk lagi jenis buoh durian lagu tuh..huhu..

Sham said...

br tau spesies durian ni ada.Kaya Sungguh ciptaan Tuhan

aintsuperwoman said...

Buahnya tak ada isi, cuma ada biji? peliknya...bila tengok gambar, saya dah terbayangkan isinya mesti sedap!!!

silversarina said...

First time tau durian ini , memang pelik !

hani@debumelukut said...

selama ni tak tau pun ada durian species ni..

manlaksam said...

Ahlami,
Pak Man pun baru tahu.....
memang pelik.

Sham,
Betul tu.....
banyak lagi yang kita tak tahu.

manlaksam said...

ASW,
Kalau ada isi nya pun hanya sedikit saja dan keras macam plastik. Itu yang kawan Pak Man cakap lah....

Silversarina,
Memang tak ramai orang tahu. Sebab tu lah Pak Man nak beritahu ni. Memang pelik!.

manlaksam said...

hani,
Orang kampung pun tak semua yang tahu. Terutama sekali generasi muda. Pak Man harap entri ni berguna kepada sesiapa yang tak pernah lihat dan dengar mengenai durian ni.

Fly said...

salam singgah kembali PakMan.. Seronok baca blog Pakman nih, Semoga PakMan sekeluarga sentiasa dirahmati Allah hendaknya..aminn

manlaksam said...

Fly,
Terima kasih kerana sudi singgah. Tak ada apa yang special....blog orang kampung, cerita tentang kampung saja.

Che La said...

meme pok me ni petani jaya,selamat maju jaya pok me, ambo suka blog ni

manlaksam said...

Che La,
Tenkiu ...tenkiu.