Wednesday, March 17, 2010

Biji getah.

Ada orang panggil, buah getah, ada orang panggil biji getah. Tapi benda nya adalah sama, seperti gambar di atas. Masa Pak Man kecik-kecik dulu, bila tiba musim buah getah ni, kami semua akan pergi kutip buah getah di kebun getah di kampung sebelah.(kampung Pak Man tak ada pokok getah, tepi laut....ada pokok nyior saja).
Kami akan guna kan nya untuk main congkak dan juga untuk main 'pelaga buah getah'. Cara pelaga buah getah ini ialah.....satu diletakkan diatas dan satu lagi di bawah, lepas tu ketuk dengan tangan. Yang pecah akan dikira kalah.
Ada beberapa jenis buah getah ni, ada jenis 'pepijat', ada jenis 'kura-kura' dan yang paling banyak nya yang jenis biasa seperti dalam gambar di atas.
Selalunya buah getah jenis 'pepijat' akan jadi juara. Itu lah permainan kami budak-budak zaman dulu. Tak ada PSP dan sebagai nya. Yang pasti nya, kami gembira . Reka permainan sendiri tanpa keluarkan duit satu sen pun.

20 comments:

FaAtip said...

Pak Man, kita dulu2 main bukan macam budak2 sekarang kan? konda kondi, zirro point yang pakai getah tu, main cop2 tiang, galah panjang, galah pendek, semuanya tak pakai duit!

Tepi Sungai Batu said...

ASW,
Betul tu.....dulu-dulu ibu-bapa tak ada banyak duit. Duit digunakan untuk beli benda-benda yang mustahak saja.

zhrhtoodem said...

dulu suka kumpul buah getah
baling2 kawan. hahahhaha

Tepi Sungai Batu said...

zaradgreat,
Terima kasih kerana sudi singgah.....

M. Ibrahim said...

Gambar buah getah tak sesuai dengan tajuknya. Yang sesuai gambar buah getah sedang berlaga,dan ada yang tengah main... baru real. Lepas tu tunjuk mana buah getah yang kuat.

Tepi Sungai Batu said...

Pok Him,
Terima kasih di atas konsultansi yang telah anda berikan secara percuma itu.

KR 31 A.K.A Zabri said...

teringat kenangan zaman bebudak budak

pB said...

pB beso jugok main butir getoh nie...

main bram'bak dalae stor simpae getoh keping pung pernoh ....

maso tu dok di Dabong

nj said...

Pak Man..
saya main congkak dengan buah getah...lubang congkak pulak gali lubang kat tanah je...seronok masa kecik kecik dulu la....
satu lagi di rumah arwah nenek dulu dalam kebun getah...setiap malam boleh dengar buah getah masak dan pecah dari kulit.. "keletak-keletak" bunyinya...

TokNabe said...

Salam,
Main belaga buah getah memang famus masa budok2 dulu.Tapi kade2 kena tipu jugok.. ada yg guna batu yg kaler mcm biji getah.

Tepi Sungai Batu said...

Zabri,
Kenangan tu semua boleh diceritakan kepada anak-cucu.

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Dabong......hooooo...orang tua pB mesti ada kebun getah yang luas ni!

Tepi Sungai Batu said...

nj,
Hooooo...sungguh indah kenangan itu.

Tepi Sungai Batu said...

Tok Nabe,
Orang yang main 'ngelat' ni ada dimana-mana......AWAS.
Terima kasih kerana sudi singgah.

transformed housewife said...

ambo pun main congkak hok korek lube dlm tanoh jah dulu. main lago2 tok reti sbb budok2 jate jah dok main.

adanz said...

kalu hok tu tepak kami panggil woh getoh rima, pokme... meme berani

Fid said...

salam Pak man
saya main juga pelaga buah getah ni
siap bikin tuh itu biji getah
wax dengan lilin hahahhahahahahahah

pB said...

Salam Pok Mae


ayoh tak dok pun tanoh situ.
Dio krijo jadi Nae'ja Estet situ ...

Tepi Sungai Batu said...

THW,
Betul tu, budok jate jah hok main pelago woh getoh ni.


adanz,
Woh getoh rimau........woooo hebat tu!.

Tepi Sungai Batu said...

Fid,
Siap wax dengan lilin......lagi canggih!.


pB,
Anok meneja estet rupo nyo dio!.