Sunday, March 21, 2010

Alhamdulillah! Hujan rahmat.

Setelah sebulan lebih tak hujan, sekarang ni sudah beberapa hari hujan turun waktu petang. Rumput yang dulu kering, sekarang dah kembali menghijau. Kambing-kambing Pak Man pun sudah mula ceria, berlari-lari sambil meragut rumput.
Pusing keliling belakang rumah, waaaa....sudah ada pisang yang dah mengeluarkan buah, alhamdulillah. Akibat daripada hujan yang turun maka ada pula rezeki lain yang muncul.......di bawah pokok rambai terdapat kulat yang tumbuh. Kutip punya kutip dapat lah sebakul.

Pada malam nya kami sekeluarga makan malam berlaukkan kulat. Masak sayur air di campur dengan pucuk cemperai. Tumbuk sambal tempoyak..............kesedapannya sehingga menjilat jari.


12 comments:

Farouk said...

pisang dah berbuah. cekodok, pisang goreng, bubur dan lain2 lagi boleh buat. sedapnya. ni yg rasa nak tanam pisang ni.

Pak Man laksam said...

Farouk,
Kalau tanam sendiri rasa nya lagi sedap.......

PINATBATE said...

kulat tu!!! rindunya..dah lama tak jumpa kulat lepas hujan..

endiem said...

sekarang banyaklah kulat yang dijual di tepi tepi jalan... bes jugak

silversarina said...

salam,

Syukur , di sini pun dah mula hujan .

Kulat tu kalau digoreng rangup ...yummyyy !!

Pak Man laksam said...

Pinat,
Kalau balik kampung, mesti ada.....

Pak Man laksam said...

endiem,
Kalau jalan nak ke Muadzam tu, Pak Man nampak banyak orang jual kulat....

Pak Man laksam said...

Silversarina,
Goreng celup tepung pun sedapppp.

pB said...

salam Pok Mae


petae tadi , maso kelik krijo , lebat sungguh hujae .....
rusing takut banjir pulok ...

Pak Man laksam said...

pB,
Alhamdulillah......

Zaki said...

sedapnya kulat sayur air dengan pucuk cemperai tu...lama tak make.

Pak Man laksam said...

Zaki,
Pandai lagi ko demo make kulat?