Wednesday, March 3, 2010

Sudah 3 hari Pak Cik Uban tak menoreh.

Ini adalah kebun getah Pak Cik Uban, bersebelahan dengan pagar sekolah. Setiap pagi Pak Man nampak dia menoreh di kebun nya. Selalu saja kami bertukar-tukar senyuman. Kini sudah 3 hari Pak Man tak nampak kelibat beliau. Tertanya-tanya dalam hati, sakit kah dia ? atau ada masalah kah dia?.
Pak Man jenguk ke dalam mangkuk yang tergantung pada pokok getah......tak ada susu....kering kontang. Tanda nya sudah lama tak di toreh.
Insya-Allah ...kalau ada kelapangan akan Pak Man ziarah ke rumah nya.
Harap-harap beliau sihat walafiat.

8 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

saya doakan juga beliau sihat

Pak Man laksam said...

KL,
Waalaikummussalam......harap begitu lah....tq.

pB said...

salam


Harap harap tak dok hok tok molek berlaku pado Pokcik Ubae'

endiem said...

getah dah meluruh, susu dah kurang sikit .

M. Ibrahim said...

Musim luruh kut, atau pak cik tu pergi ziarah anak-anaknya. Atau menyertai Lee D Tour Langkawi. Kayuh Bicycle....

Pp said...

pakman...Pp ada hantar email...

on the posting, pakman seorang yg prihatin~!

Pak Man laksam said...

pB,
Harap-harap begitu lah.

endiem,
Betul tu....sangat tepat. Pak Man dah pergi ke rumah nya dan jawapan nya sama seperti yang endien cakap tu.

Pak Man laksam said...

Pok Him,
Dia rehat sekejap....getah meluruh, tak ada susu.

Pp,
Terima kasih banyak-banyak......