Saturday, March 6, 2010

Pak Man terima RM3000 dari Dubai dan RM1000 dari Arab Saudi.

Hari Khamis yang lepas Pak Man terima email dari Dubai yang menyatakan duit derma untuk SK Semantan Ulu telah dimasukkan ke dalam akaun MBB Pak Man.
Terus semak dalam Maybank2u.com......ya! memang ada RM3000. Terima kasih Pak Man ucapkan kepada semua rakyat Malaysia di Dubai yang telah sudi menderma.
.
Terus dicerita kan kepada semua orang, mereka semua nya gembira dan ucapkan terima kasih.
.
Lepas tu ada satu lagi email dari Arab Saudi.....hamba Allah ini telah memasukkan RM1000 kedalam akaun BIMB Pak Man .
Sekali lagi dikhabarkan kepada semua orang. Mereka semua bagaikan tak percaya. Macam bulan jatuh ke riba.........selama ini terkial-kial kami mencari sumbangan untuk menampung perbelanjaan bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti di sekolah ini. Susah sangat ..........tiba-tiba, sekali dapat terus RM4000.....alhamdulillah!
.
Walau bagaimana pun kami semua ucapkan terima kasih kepada orang-orang di Dubai serta hamba Allah dari Arab Saudi tersebut.
Semoga budi baik saudara dan saudari semua akan mendapat balasan yang berlipat kali ganda dari Allah swt.
.
Insya-Allah pada hari Isnin depan akan Pak Man serahkan semua wang itu kepada bendahari PIBG.
.
Pada tahun 2008 Pak Man pernah menerima sejumlah wang daripada seorang hamba Allah di Dubai dan seorang hamba Allah dari KL untuk di hadiahkan kepada dua orang pelajar yang mendapat 5A.
.
Pada tahun 2009 Pak Man telah menerima 1000 Dirham(mata wang UAE), daripada sepasang suami isteri dari Dubai. Semua derma-derma tersebut sangat-sangat membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah. Orang kampung pun sekarang dah pandai sebut Dubai.....
Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma-penderma.

17 comments:

adanz said...

syukur alhamdulillah... seronok mendengar masih ada orang berjiwa dermawan abad ini....

Daun Bidara said...

semoga dimurahkan rezeki mereka

tchersally said...

Alhamdulillah..hanya Allah yg dapat membalas jasa baik mereka itu..

pssssttt..bole agak siapa yg d arab Saudi tuuu..:)

Myra Zulaikha Yusuf said...

rasa cam boleh agak jugak la....

aintsuperwoman said...

Alhamdulillah, itu lah yang dinamakan rezeki kan Pak Man? Semoga usaha Pak Man membantu sekolah tu akan berterusan :D

abu muaz said...

alhamdulillah. apa khabor lening? royalti ke wang ehsan pok man nok?

PINATBATE said...

Syukur alhamdulillah..semuga penderma,guru-guru yg berusaha,murid-murid dan warga SK Ulu Semantan diberkati Allah

Pak Man laksam said...

adanz,
Masih ramai lagi mereka yang pemurah......syukur alhamdulillah.

Daun Bidara,
Aaamin....

Pak Man laksam said...

tchersally,
Aamin.....

Myra Zulaikha Yusuf,
Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri......kata Herman Tino.
Tapi kalau orang dapat teka juga nak buat macam mana.....

Pak Man laksam said...

ASW,
Alhamdulillah....syukur.

abu muaz,
Kalau orang nak bagi, wang ihsan ke....royalti ke....semua boleh.

Pak Man laksam said...

Pinat,
Aamin........

AZANI said...

salam pakman
alhamdulillah

Pak Man laksam said...

AZANI,
Alhamdulillah.......

Fid said...

Alhamdulillah

gambare pak Man!!

nj said...

Pak Man...
Tahniah buat sekolah Pak Man kerana derma yang disumbangkan. Semoga Allah murahkan rezeki para dermawan.

Pak Man laksam said...

Fid,
Alhamdulillah......

nj,
Aaminnnn......

M. Ibrahim said...

Amin. Semoga ramai lagi menderma ke arah kecemerlangan pendidikan anak bangsa. Terma kasih pasangan Dubai tersebut.