Tuesday, March 30, 2010

Lastik

Pak Man ada 2 lastik(tak tahu penjodoh bilangan yang sesuai, 2 buah?, 2 pasang? atau 2 batang?). Kegunaannya adalah untuk melastik tupai dan monyet. Tidak semua tupai dan monyet akan dilastik. Hanya yang jahat saja akan kena.
Monyet suka makan buah, kalau sikit-sikit tu ,kira sedekah saja lah. Tapi kalau habis satu pokok dikerjakan nya, itu dah dikira melampau!. Yang macam tu lah yang Pak Man marah.
Tupai pula, kalau musim durian memang kerja dia lah menebuk buah durian. Durian kalau dah kena tebuk oleh tupai, memang tak berguna satu sen pun.
Buah kelapa juga tupai suka. Kalau hari-hari mereka dok tebuk......mana boleh jadi. Sekali-sekala kena lastik juga lah.
Satu lagi, bila malam-malam ada bunyi macam orang merayau-rayau di belakang rumah, jika Pak Man tanya 3 kali tak jawab, yang itu pun Pak Man akan lastik juga.

3 comments:

nj said...

Pak Man...
adoiii!!!! sakit tu kena lastik....

Pak Man laksam said...

nj,
Orang jahat saja yang kena, orang baik tak akan dilastik.

TokNabe said...

Bi'dah...... istilah hok lama tak dengar ni.