Friday, March 26, 2010

Buah Ara.

Pokok ini berbuah pada batang nya. Biasanya terdapat di tepi-tepi sungai. Di kawasan tepi Sungai Batu ini pun ada beberapa batang pokok ara.
Ada seorang pak cik selalu datang memetik buah ara yang sudah masak dan dibawa balik.
Pak Man tanya, "Nak buat apa dengan buah tu?"
Dia jawab, "Nak bagi makan kepada burung."
"Ingat kan nak makan atau buat bahan masakan." Pak Man saja nak buat panjang cerita.
"Eh...ada orang makan buah ni, di buat gulai dengan daging. Potong macam dadu dan campurkan dengan daging. Lepas tu masak gulai kawah. Ini bagi majlis kenduri lah. Nak jimatkan daging, dalam satu hidangan tu adalah dua tiga ketul daging, yang lain tu buah ara. Kenduri orang miskin.......orang kaya tak buat macam tu."
"Buah ara jenis ini ke yang jenis lain?."
"Entah lah saya pun tak pasti."

Bertambah pengetahuan am Pak Man. Lepas ni, kalau ada masa, Pak Man rasa nak cuba masak gulai kawah ni.

23 comments:

pB said...

sedap buoh tu

pB suko makae

endiem said...

boleh buat umpan mengail ikan..

temp. housewife said...

sy pun baru tahu buoh tu ado ore campur dle gulai ye.

~0~ said...

owh...camtu ke...baru tau...

~0~ said...

owh...camtu ke...baru tau...

~0~ said...

owh...camtu ke...baru tau...

Pak Man laksam said...

pB,
Kalu ggitu , mesti kena cuba nih.

Pak Man laksam said...

endiem,
Kalau buat umpan mengail, Pak Man pernah dengar.....

Pak Man laksam said...

THW,
Dari tak tahu, loni dah tahu......

Pak Man laksam said...

~0~,
Yaaa...macam tu lah.

PINATBATE said...

manis ker masam..?

Pak Man laksam said...

Pinat,
Pak Man belum cuba lagi....ada sesiapa yang dah cuba boleh tolong jawab kan.

pB said...

pok mae mano alamat email ..??

Pak Man laksam said...

pB,
manlaksam@yahoo.com.my

abu muaz said...

orang miskin ideanya banyak.

akula said...

ore bacok kalu gulai kambing campur mumbang nyor, ore2 belah 'darat' campur buah ara dalam gulai kambing...

totoromalas said...

sedap ke? kalu buah tin hok kering tu mmg le prnh mkn. tp kalu hok fresh2 nih... x prnh try la plok

KR 31 A.K.A Zabri said...

zaman saya kecik dulu pernah guna buat mengail ikan kelah....

Pak Man laksam said...

abu muaz,
Betul tu. Pak Man setuju.

Pak Man laksam said...

akula,
Gulai kambing campur mumbang nyior.....huh sedap tuh!

Pak Man laksam said...

totoromalas,
Boleh tahan laa....orang kata, Pak Man belum cuba lagi.

Pak Man laksam said...

Zabri,
Buat umpan mengail pun boleh.....

Mother of Two said...

sekali pakman kasik makan buah ara da..... hikssss