Sunday, June 6, 2010

Ambil iktibar dari nasib Palestin. Lindungilah tanah kita.

Tengoklah bagaimana Israel mengambil tanah Palestin sedikit demi sedikit. Jangan biarkan nasib yang sama menimpa kita. Kalau yang ada tanah tu jangan lah sesuka hati menjual tanah demi untuk bergaya dengan kereta baru.
Bagi yang berada tu, beli lah tanah. Tak usah lah nak bermegah-megah dengan saham yang berjuta-juta. Wang simpanan yang bertimbun-timbun dalam bank. Kalau kita tak bertanah, nasib bangsa kita akan jadi macam orang Palestin.
Sesungguhnya tanah itu amat penting bagi kita semua. Jangan jadi bangsa yang tak bertanah. Anak cucu kita akan hidup merempat nanti.
Kepada tali barut yang sedang giat mencari tanah orang kampung untuk di jual kepada tokey-tokey tu, berhenti lah. Cari lah kerja lain. Jangan nak gadaikan masa depan bangsa sendiri.
Sedarlah, sesungguhnya jumlah keluasan tanah yang di miliki oleh orang Melayu semakin hari semakin berkurang.
Pertahan kan lah tanah kita.

5 comments:

Sally said...

Betul tu PM..rugilah kita andai kita tak mengambil iktibar dr apa yg sedang berlaku d sana tu..

Beli tanah eh.. rasanya kalau tanah luas melaut pun,kalau fikiran d takuk lama,masih jd tali barut.,dengi mendengki,rahduah..dll, negara tetap tak akan selamat.Ni pendapat Sally..

Rizza said...

betul tu.. saya setuju...

pertahan kan tahan sendiri.. jgn la menjual tanah hingga genarasi akan dtg hidup merempat di tanah sendiri...

walau sekangkang kera sekalipun tanah tu... hak kita.. org tak boleh halau ...betul kan?

Pak Man laksam said...

Sally,
Tenkiu........

Pak Man laksam said...

Rizza,
Betul, kalau ada duit tapi tak ada tanah , maka jadilah macam Palestin.

Ibu Sayang said...

Salam Pak Man,

Apa yg Pak Man kata tu mmg betul. Jgn sekali2 dijual tanah yg ada terutamanya tanah pusaka semata2 hendak beli kereta besar @ saja nak tengok duit banyak dlm bank..
Value tanah tu lebih bermakna utk generasi akan dtg termasuk anak cucu kita sendiri.