Monday, December 21, 2009

Bertaubat lah woi!

Masih lagi dengan kisah di kampung. Mak Pak Man ada bela beberapa ekor itik serati. Bulan lepas, pada suatu malam , hujan turun dengan lebatnya. Semua orang-orang kampung duduk dalam rumah masing-masing. Tak ada siapa yang nak keluar rumah diwaktu hujan lebat begini.

Dipendekkan cerita, pada pagi esoknya, mak Pak Man dapati 4 ekor itik serati yang besar-besar dan dah boleh dijual, telah hilang. Rupa-rupanya, pada waktu malam hujan lebat tu lah si pencuri buat projek.

Sekarang ni itik serati tu dah tinggal 5 ekor saja. Yang dalam gambar tu adalah yang paling besar.

Kurang ajar punya pencuri!....anak siapa kah itu?. Kalau pencuri tersebut ada baca blog Pak Man ni, Pak Man nak ajak pencuri tersebut 'bergocoh'. Bila-bila masa dan di mana saja, Pak Man bersedia.
Pak man juga dah buat solat hajat. Mintak supaya pencuri tersebut insaf. Kalau tak insaf juga, minta Allah tukarkan suara pencuri itu jadi macam suara itik serati.

15 comments:

AZANI said...

salam pakman, semoga Allah gantikan dengan yang lebih banyak dan besar...

pakmat said...

salam pakman..dah bukan rezeki kito..nak buat guano..sembahyang hajat untuk dia insaf..jange mintak suara jadi serati..hok tu hok Dia untuk menentukan..halal saja..

pB said...

Biar Allah hok balah

Nur,Nura, Nurad, Yani said...

sabar2 Pok Man. Ambo ni silent reader Pok Man. Sabar tu separuh dr iman.

PINATBATE said...

tetiba rasa teringin nak makn gulai itik serati pulak...
tapi ambo tak terlibat dengan itik pakman yg ilang tu..huhuhu..

naha said...

Salam dr India Pak Man,

Kira halal aje Pak Man dapat jugak pahala.. kalau maki dapat dosa pulak.

pencuri tu memang kurang ajar, kalau dapat ajaran betul dia dah tentu bela sendiri..

naha

mat din said...

rmh pak man beris lalang ke?

mother of two said...

hilang kat mana tu pakman...kalau area2 cheroh tu.. selalunya mat pit ler...tak syak lagi wallahualam..

Abiey69 said...

Salam, pak man ni memang rajinlah menambahkan rezeki, biasanya Allah akan bagi ujian kepada orang yang rajin2 nih. kalau sabar akan dapat berlipat kali ganda dari yang hilang kalau tak sabar dengan ujian ini, kita kalah dengan dugaan Allah. Insya Allah rezeki yang hilang tuh akan diganti berlipat kali ganda lagi. Jangan lupa ajak kekawan makan gulai serati bila dah bertambah reZeki tuh

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. ehehe, salam pak man ittewww

Pak Man laksam said...

Azani,
InsyaAllah.......amin.

Pak Mat,
Betul tu....tq.

Pak Man laksam said...

pB,
Betul tu....tq.

Nur,
Terima kasih banyak-banyak.

Pak Man laksam said...

Pinat,
Gulai itik serati memang sedap!

Naha,
Selamat bercuti di India.....

Pak Man laksam said...

mat din,
Kg.Padang Kerasak, jalan Pantai Changgong, masuk ikut simpang Kubur Badak. Jalan tu boleh terus ke Kuala Nipah dan ke Bachok.

Shiela,
Kisah ni berlaku di rumah mak Pak Man di Bachok.

Pak Man laksam said...

Abiey,
Mudah-mudahan akan bertambah lah rezeki kita semua....amin.

en_me,
Terima kasih banyak-banyak.