Wednesday, December 30, 2009

Tenkiu banduan


Bingkai cermin di atas adalah hasil kerja banduan Penjara Penor semasa Pak Man masih lagi bertugas di sana. Lebih kurang 15 tahun yang lalu.
Kayu nya Pak Man beli sendiri. Upah banduan bengkel kayu, kebetulan ada yang berkemahiran mengukir dan hasil nya tak mengecewakan. Upah nya Pak Man dah lupa dah berapa.
Semasa banduan tersebut sedang membuat kerja ukir bingkai ini, datang Tuan Penguasa melawat bengkel tersebut. Beliau tertarik dengan bingkai gambar ini. Lalu berpesan kepada Kopral yang jaga bengkel supaya cakap pada Pak Man yang beliau berminat nak beli.
Pak Man cakap , " Suruh lah tuan tu cari kayu lain dan banduan tu boleh buat yang lain, lagi cantik". Kopral geleng-geleng kepala lalu pergi.
Kalau orang lain, memang dah bagi dah......
Tapi Pak Man bukan kaki bodek........
Mintak maaf banyak-banyak lah tuan.

6 comments:

tchersally said...

Salam PM,

tak sangka berseni sungguh banduan2 tu ya, cantik hasil tangan mrk..

ya..bodek2 tak main la kan PM..syabas!!

selamat kembali ke sekolah PM!

silversarina said...

salam,

cantik ukiran bingkai cermin tu , memang ramai kot banduan yang berkemahiran seni ukir kayu kat Penor sebab kawan saya di Kuantan ada order tabung kayu pelbagai bentuk untuk dijadikan hadiah kepada pelajar2 di sekolah dia, memang cantik hasil tangan mereka .

Bab bodek ni memang ada je kejenya membodek untuk kepentingan diri sendiri dan ada juga yang memang suka dibodek sebab terasa ada kuasa .

faraulah said...

Adik saya pernah praktikal di Penjara kat Negeri 9, beli 'frame' untuk cermin hasil kerja tangan banduan, dengan harga RM80. pasang cermin sendiri dengan kos RM20.

Saya tengok kat kedai perabut jati, frame yang hampir sama dijual dengan harga RM350...

Tenkiu banduan.. :)

Pak Man laksam said...

tchersally,
Tenkiu.........

Silversarina,
Tenkiu..........

faraulah,
Tenkiu..........

M. Ibrahim said...

Selamat tahun baru. Tengok bingkai cermin sama dengan yang saya pun, mungkin banduan yang sama buat kut.Banduan memang kreatif tapi yang jaga tu kena lebih kreatif lagi. Tuan tu tuan mana.

M. Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.