Monday, September 7, 2009

Mintak maaf lah, panjang sikit nih.


Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan) , mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imun) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser. Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.
KELEBIHAN BUDU
Sesiapa yang impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas sekali gus menghalang proses penuaan.
Malah, budu berupaya mencegah penyakit aterosklerosis (timbunan lemak di dinding pembuluh darah), koroner jantung, kencing manis dan kanser pada peringkat awal.
Selain itu, kandungan budu mempunyai zat antibakteria cirit-birit, penurunan kolesterol darah, pencegah sakit jantung dan tekanan (hipertensi) .
Pengambilan budu sebagai makanan tambahan juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit cirit-birit kronik dan mampu menyembuhkan dalam tempoh yang singkat. Dalam erti kata lain, budu boleh menggantikan makanan tambahan untuk sesiapa yang berhasrat untuk menambahkan berat badan.
PENCEGAH KANSER
Budu mengandungi jumlah mineral zat besi, kalsium, magnesium dan zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.Radikal bebas adalah atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Adanya antioksidan di dalam budu, ia akan bertindak mencegah pembentukan radikal bebas.Ini terbukti apabila penyelidik di Universiti Carolina, Amerika Syarikat menemui unsur genestein dan phytoestrogen di dalam budu yang sememangnya terbukti dapat mencegah kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Selain sumber protein berkualiti tinggi di dalam ramuan budu, makanan tradisional ini turut mengandungi sumber serat yang baik. Kandungan seratnya mampu mencapai antara 8 hingga 10 peratus bagi setiap 100 gram budu. Jumlah itu lebih daripada mencukupi seperti disarankan Pusat Penyelidikan Kanser Kebangsaan iaitu sebanyak 30 peratus.
MERANGSANG SEL OTAK
Mengambil budu dalam sajian lengkap harian dikatakan boleh meningkatkan IQ. Budu mampu merangsang sel otak dan memperkukuhkan ikatan antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah.
MERAWAT KEMBUNG PERUT
Budu turut merencatkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab gejala kembung perut kalangan kanak-kanak dan remaja.
KANDUNGAN VITAMIN
Terdapat dua kumpulan vitamin pada budu iaitu vitamin larut air (B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).Vitamin B adalah sumber vitamin utama terkandung dalam budu dan terbahagi kepada pecahan lain seperti B1 (thiamin), B2 (roboflavin) , asid pantotenat, niasin, B6 dan b12 (sianokobalamin) .
Secara saintifiknya, budu menjadi penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan bakteria klebsiella pneumoniae dan citobacter frundiin. Ia tidak dimiliki daripada mana-mana sumber makanan laut, ikan dan daging. Ia mampu membentuk sel darah merah dan mencegah penyakit anemia, sakit perut dan berat badan menurun.

19 comments:

silversarina said...

Wah, banyaknya khasiat budu, kat rumah ni ada je spare budu , sekali-sekala teringin memang makan jugak .

FaAtip said...

Yeaaaa, bestnyer baca entry ni. Sebab saya memang hantu budu. Bukan tu je, tempoyak ngan cencalok pun.

Berbuka ni nak makan budu! Letak tempoyak sikit.....nyammmm nyammm nyammmm....

Tepi Sungai Batu said...

Silversarina,
Ada orang hantar petikan tu ke dalam peti email Pak Man jadi Pak Man rasa baik kita kongsi dengan semua orang. Tq.

ASW,
Budu campur tempoyak .....best.Tq.

nj said...

Pak Man...
Hok boleh menambah berat badan tu Norma setuju sangatlah...kalau ikan singgang, nasi panas ngan budu...sepinggan tak cukup...sedap!!

Achu Tra said...

Pok mae..ambo kemaghing baru make SYAHDU (kod rahsia keluargo ambo untuk BUDU..he2x..)kace boto & daun sera kayu...nnamboh be"round"2.. menyada belako kekenyangae...kalu takdok zat pong nyo pakat make..semeteloh kalu ado zat.. nyo pakat boh straw dale paye budu..

Abiey69 said...

pak man ni kalau bab kajian untuk sesuatu pasti no 1... budu sapa tak kenal seantero dunia.. makanan dari kelate... tambah2 lagi hok bachok.. cap bunga..
kalau di KB ada budu raja.. siap ada lada dan asamnya... sebotol rm 3.50.. KALAU NAK ORDER BOLEH NGAN ABIEY69

FaAtip said...

Salam Pak Man,

Dulu Pak Man pernah belajar kat ITM mana? Lepas tu, abang saya pun pegawai penjara, mula2 kat Taiping, lepas tu lama kat Pulau Pinang, sekarang kat Batu Gajah.

Guru said...

assalammualaikum

baru tau ada kajian tentang budu ni. saintis luar yang kaji pulak tu ya...

cm said...

pok mae, kalu tak doh zat pun ambo makan, loni bibik hok kuat skali makan budu.... buat kuah dalam pinggan!!

pB said...

cikguuuuuuuu

pB nok duo botolllllllll

Tepi Sungai Batu said...

nj,
Memang betul tuuuuu. Budu adalah pemangkin kepada selera makan. Berat badan pun naik laaa.

Achu Tra,
Oh....sungguh syahdu !.

Tepi Sungai Batu said...

Abiey,
Dah ada yang order tu. pB nak sebotol. Selamat berurus niaga.

ASW,
ITM Shah Alam.......
Penjara Penor, Kuantan.

Tepi Sungai Batu said...

kl citizen,
Pak Man pun baru tahu.......

CM,
Bibik makan budu?......
Buat kuah?, hahahaha.....boleh kecek Klate doh ko?.

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Dua botol skali oda.....
Kuat tuh.

Suria Klang said...

Pak Man, saya tak reti makan budu. Maklumlah, orang Kelang... Nanti boleh lah kirim budu dari Pak Man...

Tepi Sungai Batu said...

Suria,
Perah limau nipis, masukkan cili api dua -tiga biji. Cicah lah dengan ulam-ulam. Itu saja......
Kalau nak cuba, bolehhhh.

arsaili said...

salam..tgk budu ni teringat la nasi kerabu daging bakar extra budu...uwaaaaa. Kalau jadi balik raya ni..harap bole la makan nasi kerabu yg best kat Kuching, tapi biasanya gerai dia close beberapa hari nak raya sebab balik kelantan.

Tepi Sungai Batu said...

armouris,
Tenkiu.......lain kali singgah lah lagi.

arsaili,
Ooooo....suka makan nasi kerabu ya.....
Balik raya kat kampung tahun ni ya.....Pak man ucapkan selamat bergembira bersama keluarga.

Daun said...

pak men, budu seboto, dumah abih doh