Thursday, January 13, 2011

Budak-budak Semantan Ulu terima wang zakat Bank Rakyat.


Bank Rakyat Bank Pilihan Anda
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Bank Rakyat cawangan Raub kerana telah bermurah hati untuk memberi wang zakat kepada semua 42 orang murid SK Semantan Ulu. Hanya Allah sahaja lah yang akan membalas budi tuan.

 Murid-murid gembira sekali dapat bergambar dengan Nuri - maskot Bank Rakyat.


 Pertandingan mewarna, adalah antara acara yang diadakan pada pagi itu. Semua peralatan mewarna , kertas lukisan dan hadiah-hadiah disediakan oleh Bank Rakyat.

 Persembahan koir oleh pasukan koir SK Semantan Ulu. Lagu Nyala kan Tekad............

 Bila pasukan koir naik ke pentas, maka separuh daripada tempat duduk penonton jadi kosong. Begini lah nasib sekolah kurang murid.

 Tn Hj Abd Raof b. Abd Kadir, Pengurus Bank Rakyat cawangan Raub sedang menyampaikan ucapan nya. Penuh dengan pesanan dan motivasi.

 Salah seorang pengawas sekolah menerima watikah perlantikan dari Tn Hj Abd Raof.


Tuan GB, En Zaharudin Zahid Sofian menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Abd Raof.
Selepas itu, semua orang dijamu dengan nasi , gulai labu berserta ikan pekasam.(gambarnya tak ada kerana Pak Man makan dengan berselera sekali dan lupa nak ambil gambar).

14 comments:

PINATBATE said...

Alhamdulillah..semuga murid-murid itu jadi anak-anak yg baik..
sedap ikan pekasam..huhu..tak simpan kan sikit utk saya ker.

Pak Man laksam said...

Pinat,
Terima kasih.......
Sedap!.....kebetulan pula hujan renyai-renyai. Licin!.

lina said...

Alhmadulillah...
ringanlah sedikit beban persekolahan mereka ye, Pak Man

Pak Man laksam said...

Lina,
Semua mereka ni menabung dalam Bank Rakyat. Simpanan untuk masa depan.......

Cikli said...

alhamdilillah...

saya pun ada saham tu pakman, sebab saya asyik dok pinjam dgn bank rakyat je.

anonymous said...

:-) paling gembira ...apabila melihat seseorang membuat orang lain gembira ~!

Masih ada yang sayang!

Pak Man laksam said...

Cikli,
Hahaha.........Insya Allah akan dapat ganjarannya nanti.

Pak Man laksam said...

Sahabat,
Terima kasih............

AZANI said...

salam pakman
bak kata iklan bank rakyat memang bagus...

maklang said...

Alhamdulillah murah rezeki anak2 dan bank rakyat juga...Amin

Pak Man laksam said...

Azani,
Betul tu, terima kasih.......

Pak Man laksam said...

maklang,
Alhamdulillah..........

Mother of Two said...

pakman,
walau murid kurang jasa guru tetap tak kurang...selamat mengajar

Pak Man laksam said...

Shiela(MOT),
Terima kasih.........