Sunday, December 18, 2011

Melawat sekolah lama setelah 30 tahun.

Gambar dari facebook Zainal kifli........Nazri, Hazmal dan Othman.


Pagi tadi Pak Man menghadiri majlis perjumpaan semula bersama kawan-kawan sekolah semasa di TI Kuantan dulu.
Setelah 30 tahun kami kembali semula ke sekolah.
Masuk kelas lama. Jumpa beberapa orang cikgu yang turut hadir.
Masuk asrama lama. Jumpa member sebelah katil. Tuan Setia.........
Melawat bengkel tempat belajar memahat dan menukul. Tanam pokok di kawasan sekolah.....huhahuha.
Pak Man tak dapat hadir pada majlis di sebelah malam kerana ada urusan di Raub. Selepas subuh bertolak dari Raub. Sampai agak lewat. Datuk Zul tengah berucap.....
Cuma rasa sedikit kecewa kerana kawan-kawan sekelas tak ada. Malam tu kata nya Yusof Othman ada hadir, tapi pagi-pagi lagi dah balik ke KL kerana ada urusan keluarga.
Tak tahu bila lah nak dapat jumpa dengan budak-budak 5B nih.......sibuk sangat kah mereka ini?

2 comments:

fudzail said...

Dah nak balik juga....tetapi last minute ada perkara yg mesti diselesaikan... rugi2

Pak Man laksam said...

Fudzail,
Tak apa lah aku faham.
Tahun lepas kita dah jumpa......yang lain-lain tuuuu....senyaappp je.