Thursday, December 9, 2010

20.10.2010

 Kami berangkat ke sana (dari kampung)pada 20.10.2010 . Berlepas dari KLIA 21.10.2010 jam 4.30 pagi dan selamat sampai di Madinah pada 21.10.2010 jam 9.00 pagi(waktu Madinah).

 Indah sungguh pemandangan di Masjidil Nabawi. Tenang dan mendamaikan.

 Payung-payung gergasi merangkap tiang lampu. Malam , payung-payung ini ditutup dan bila panas payung-payung ini akan dibuka.

 Bila payung-payung itu terbuka, cantik sungguh..............

 Sentiasa terjaga, diservis setiap hari........

 Pemandangan di waktu malam..........

 Pemandangan dari luar pada waktu pagi.

 Pukul 9.00 pagi, payumg-payung gergasi masih belum dibuka lagi.

Makan Rasulullah yang terletak dalam Masjidil Nabawi. Sentiasa penuh sesak dengan pelawat. Berdoa dan sampaikan salam daripada kaum keluarga dan kawan-kawan.

16 comments:

Ibu Sayang said...

Salam Pak Man,

Alhamdulillah....Pak Man dah balik, teruskan bercerita x sabor rasanya nak tau cerita Pak Man & lain2 jemaah semasa di sana

PINATBATE said...

Alhamdulillah..Pak Hj Man sihat sepanjang di Madinah dan Mekah?sy tunggu kisah-kisah selanjutnya pulak..

pB said...

Salam Hj



syukur

faraulah said...

Alhamdulillah Pak Man dah sampai..

kesian kat Mak dan Ayah saya, nama dah masuk waiting list, xder rezeki lagi tahun ni

Abiey69 said...

Salam..
seronok melihat suasana di masjidil nabawi... banyakkan lagi gambar ye pak man....

Cikli said...

salam pak hj,

bertuahlah badan dapat ke sana.

naha said...

Salam Haji Pak Man, sihat? saya pun dah pulang pada 1hb lepas. sayang kita tak dpt berjumpa disana. harap dapat jumpa untuk kongsi2 cerita.

naha

Achu Tra said...

As-Salam Tn Hj Pok Mae...

Alhamdulillah...syukur...

Pak Man laksam said...

Ibu,
Terima kasih........

Pak Man laksam said...

Pinat,
Alhamdulillah sihat........batuk-batuk tu biasa lah.

Pak Man laksam said...

pB,
Terima kasih........

Pak Man laksam said...

faraulah,
Insya Allah.....tahun depan dapat lah tu.

Pak Man laksam said...

Abiey 69,
Insya Allah..............

Pak Man laksam said...

Cik Li,
Pak Man dah doakan depan Kaabah supaya Allah jemput semua kawan-kawan blogger Pak Man ke sana.....Insya Allah suatu hari nanti akan tiba giliran Cik Li dan isteri pula.

Pak Man laksam said...

Salam Naha,
Pak Man rasa kita dah hampir nak berjumpa semasa di Mina . Pak Man Maktab 80 dan Pak Man rasa Naha Maktab 81.....betul ke?.

Pak Man laksam said...

Achu Tra,
Alhamdulillah........tq.