Friday, February 15, 2013

Ditembak beberapa das dan ditetak dengan pedang.

February 15, 2013 19:27 PM
Lelaki 50-an Mati Ditembak Ketika Bersarapan

BACHOK, 15 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 50-an mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama keluarganya di sebuah warung di Kampung Kemasin, di sini Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa maut setelah terkena beberapa das tembakan dan ditetak di badannya oleh dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Ab Rahim Che Ghani berkata siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak tujuh meter sebelum ditetak ketika cuba menyelamatkan diri.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan akibat tembakan dan tetakan itu," beliau memberitahu pemberita di tempat kejadian. Bagaimanapun polis tidak memberi maklumat lanjut mengenai identiti mangsa.

"Kita percaya dendam adalah motif utama kejadian dan kami kini menjalankan 'Ops Tutup' bagi mengesan suspek," katanya sambil menambah kedua-duanya telah dikenal pasti, dan mereka disyaki terlibat dalam beberapa aktiviti jenayah dan dadah di daerah ini.

Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata beliau dan suaminya kerap keluar untuk bersarapan pagi bersama.

"Kami keluar membeli nasi berlauk di Beris Kubur Besar sebelum makan di warung seorang sepupu di sini.

"Ketika bersarapan, saya nampak suspek memberhentikan motosikal di depan warung dan melepaskan tembakan. Arwah kemudian melompat bersembunyi di bawah meja.

"Bagaimanapun, suspek masuk ke dalam warung dan melepaskan beberapa lagi tembakan sebelum seorang lagi suspek datang menetak arwah dengan pedang," kata wanita itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



-- BERNAMA

5 comments:

Pak Zawi said...

Mungkin ini sebabnya roadblock dibuat dimerata tempat. Hampir satu jam dalam traffic untuk meyeberang melalui Jambatan Sultan Yahya Petra untuk pulang ke Pasir Mas tadi.

Pak Man said...

Pak zawi,
Mungkin juga lah tu.

Pak Man said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hey There. I found your weblog the usage of msn. This is a very well written
article. I will make sure to bookmark it and come back to
read more of your helpful information. Thanks for the post.
I'll certainly return.

My web page - how to buy a car with bad credit

Anonymous said...

Undeniably believe that which you stated. Your favorite reason appeared to
be on the web the easiest factor to bear in mind of.
I say to you, I definitely get annoyed while other folks consider worries that they just
do not know about. You controlled to hit the nail upon the top as neatly as outlined
out the whole thing with no need side-effects , people
can take a signal. Will likely be again to get more.
Thanks

my web-site buying a car with bad credit
My webpage :: buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car