Friday, February 8, 2013

jangan hina pembeli botol terpakai

Dalam tahun-tahun 70 an, semasa Pak Man masih lagi belajar di sekolah rendah, Pak man pernah buat bisnes ini.
Setiap petang selepas mengaji Quran, Pak man akan kayuh basikal keliling kampung.
Dari rumah ke rumah, beli botol.
5 biji botol Pak Man beli dengan harga 20 sen.
Kemudian jual kepada tokey budu, 5 sen sebiji.
Untung nya tak banyak, tapi hati senang.
kadang-kadang kalau tuan rumah baik hati, mereka bagi free saja.
tak payah bayar.
setiap hari dapat lah simpan RM 1.
kalau ada untung lebih, dapatlah makan mee rebus .

3 comments:

transformed housewife said...

pembeli botol terpakai cari rezeki halal. lg baik dr org2 yg kerjanya menipu org lain.

Pak Man said...

thw,
.....yesss.......setuju.
tq.

mokjadeandell said...

mee rebus,botol terpakai..they play a significant role in my life too.Kenangan masa kanak kanak.Kita satu zaman agaknya.Enjoy reading your blog.