Tuesday, March 20, 2012

Bukan Annuar Musa saja yang buat kenyataan media, ada seorang lagi........dari soccernet.com

Rencana ini Pak Man copy dari soccernet.com 

SU Agong FAM juga wajar diheret ke J/K Disiplin

Posted by on Mar 20, 2012 | 1 Comment
FA MalaysiaJIKA peraturan FAM menetapkan hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan, maka Jawatankuasa Disipiln badan induk bola sepak negara itu juga perlu memanggil Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad kerana mengkritik kegagalan skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee pada saingan kelayakan Olimpik.
Azzuddin dilaporkan mengkritik skuad kendalian Ong Kim Swee apabila menamatkan saingan Kelayakan Olimpik 2012 tanpa mengutip sebarang mata.

Azzuddin berkata beliau kecewa dengan kegagalan itu ketika menjawab soalan wartawan Astro Arena pada 16 Mac lalu.
Ia jelas memberi pukulan kepada Azzuddin, kerana kenyataan itu jelas melanggar peraturan FAM itu apabila mengeluarkan kenyataan terbuka mengkritik skuad kebangsaan.
Jika didapati bersalah, beliau boleh dipecat kerana jawatan Setiausaha Agung hanyalah lantikan dan bukan pemilihan pada kongres badan induk itu.

Fokus kini tertumpu kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Taufik Abdul Razak. Apakah beliau akan mengeluarkan kertas pertuduhan ke atas Azzuddin? Integriti beliau diperhatikan pemerhati serta peminat sukan bola sepak tempatan.
FAM sebelum ini menuntut Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa supaya memberi maklum balas terhadap kritikannya sebelum Jumaat ini dan Jawatankuasa Disiplin FAM akan menilai maklum balas itu sebelum dipanggil berdepan jawatankuasa itu pada 29 Mac ini.

Annuar didakwa melanggar peraturan FAM selepas menyatakan keraguannya terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012 pada hujung tahun ini berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.
Mengikut peraturan yang ditetapkan FAM sebagaimana dinyataka, hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Kelmarin Annuar Musa berkata: “SU Agong dah buat kenyataan media nampaknya dan saya harap dia tidak dibawa ke Jawatankuasa Disiplin kerana membuat kenyataan media.
“Setahu saya Exco FAM tidak pernah memberi kebenaran kepadanya (Azzuddin) membuat kenyataan akhbar.. Apa lagi mendedahkan detail pertuduhan sebelum ianya sampai kepada saya,”

No comments: