Friday, March 16, 2012

Balik kampung .

Cuti sekolah, balik kampung 4 hari. Banyak perkara yang telah diselesaikan. Bayar cukai tanah, bayar bil-bil yang ada dalam peti surat, dan bersih rumah yang penuh dengan daun-daun kering.
Setiap malam kami tidur di Bachok kerana mak tinggal sorang. Tak payah lah dia nak berulang-alik tidur rumah anak-anak. dapat lah dia tidur rumahnya untuk dua tiga malam. Rumah mak banyak sangat tikus, berlari-lari depan mata. Pak Man beli getah tikus, malam tu tahan dalam bilik dan di dapur dapat 4 ekor. wah....lumayan. Semoga malam-malam selepas itu akan ada lagi tikus-tikus yang akan kena getah. Mudah-mudahan jumlahnya akan berkurangan.



Kalau ada masa, cuti ke atau apa-apa ke....masa lapang, insya Allah Pak man akan balik lagi.

2 comments:

KuNanGKuNanG said...

rmh mak abh sy kat kg pun sama..ada gak tikus tumpang menetap.huhu

PM said...

kunang-kunang,
Tenkiu................