Tuesday, April 19, 2011

Apa yang nak dimalukan, semua orang buat macam tu!

Setiap kali Pak Man isi minyak kereta di stesen minyak, pasti Pak Man akan lakukan perkara ini. Iaitu  selepas aliran minyak berhenti kerana telah cukup seperti nilai yang di kehendaki, Pak Man akan mengetuk-ngetuk kepala paip minyak tersebut ke dalam lubang tangki.  

Ini adalah bagi memastikan setiap titik minyak yang ada dalam salur tersebut akan masuk ke dadalam tangki. Tak nak ianya tertinggal dalam salur tersebut. Kelakuan macam ni Pak Man mula buat semenjak harga minyak naik. Ada orang kata, "Issh....buat malu je...."
Pak Man cuba perhatikan orang lain yang mengisi minyak di beberapa buah stesen yang berhampiran, rupa-rupa nya ramai lagi orang yang buat macam tu. Jadi, apa nak dimalukan........semua orang buat macam tu! (orang kaya tak ada lah buat perangai macam tu).

20 comments:

Diarihatiku1976 said...

semua org buat.. kaya miskin pun buat gakkk

endiem said...

ketuk hingga titisan minyak yg terakhir..yek.

hani@debumelukut said...

ketuk jgn tak ketuk

PINATBATE said...

ketuk habis...jan ada tertinggal setitis pun..saya pun buat gitu Pakman..apa nak dimalukann

Imran@Copenhagen said...

ada orang kata, tak bolek ketuk2 macam tu, takut nanti ada cas dan boleh terjadi percikan api dan boleh meletup

Pak Man laksam said...

Dairihati,
Ya....ramai orang buat macam tu.

Pak Man laksam said...

endiem,
Kalau rasa nak ketuk, ketuk lah. Tak ada siapa nak marah.

Pak Man laksam said...

debumelukut,
Hehehe....ketuk......hihihi.

Pak Man laksam said...

pinat,
Ramai yang buat macam tu rupa nya.

Pak Man laksam said...

Imran,
Alamak! bahaya lah pulop.....

KR 31 A.K.A Zabri said...

betul saya pernah terbaca satu artikel, bila kita ketuk klu nasib tak baik boleh menyebabkan percikkan api.... bahaya tu

AZANI said...

salam pakman
kalau boleh perah, dah lama aya pulas macam kain basah...

transformed housewife said...

meme tok berapo molek PM kalu ketuk.

faraulah said...

Saya pun ketuk Pak Man, nak pastikan petrol xmeleleh keluar semasa kite nak simpan Nozzle,

xder yang pelik pun, ramai jer buat cam tu..hehehe

P/s: ketuk pelan-pelan, xderlah sampai keluar percikan api :P

Pak Man laksam said...

zabri,
Betul tu....tapi tak lah ketuk kuat-kuat.

Pak Man laksam said...

Azani,
Kalau boleh perah memang rasa nak perah....hahaha.

Pak Man laksam said...

THW,
Terima kasih banyak-banyak.......lepas ni tak ketuk dah....

Pak Man laksam said...

faraulah,
Bukan lah ketuk macam orang zaman batu nak buat api tuuu......pelan-pelan je.

Yong Ana said...

Cikgu Man,
Ooo kena ketuk ek.. kalau di Raub ni selalunya pekerja di Stesen Minyak Kerang tu yang isikan.. padanlah ada bunyi ketuk2.. Tapi kalau saya isi sendiri, saya tunggu sampai habis drop yang terakhir tu. (lama lah skit).. huhu

Pak Man laksam said...

Yong,
Hehehe.......minyak mahal.......